Koleksi Sulam Kerawang Kurung Pahang

Kurung Pahang Sulam Kerawang

Keanggunan klasik Kurung Pahang bersatu dengan kehalusan Sulam Kerawang. Setiap jahitan manual dihasilkan dengan pnuh ketelitian untuk majlis anda yang istimewa.

Rekaan Eksklusif

Setiap rekaan unik & istimewa.

Sulaman Manual

100% sulaman goyang manual oleh tenaga mahir.

Kemasan Premium

Setiap perincian diambil kira dengan teliti.

Konsultasi Percuma

Bincang dahulu, tanpa sebarang komitmen.

Terokai Koleksi Sulam Kurung Pahang

Kami menghimpunkan pelbagai rekaan sulaman goyang kerawang yang telah dihasilkan untuk pelanggan dari seluruh Malaysia & luar Malaysia. Gunakan koleksi ini sebagai inspirasi untuk rekaan busana Kurung Pahang untuk apa jua majlis anda.

Tempahan Kurung Pahang Moden Bersulam Goyang Motif Abstrak

Tempahan Kurung Pahang Moden Bersulam Goyang Motif Abstrak

Baju Songket Pengantin Bersulam Goyang Kerawang

Sulaman Kerawang Goyang Baju Kurung Pahang Songket Untuk Pengantin

Kurung Pahang Sulam Motif Bunga Teratai dan Dahlia

Kurung Pahang Sulam Goyang Motif Teratai dan Bunga Dahlia

Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam

Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam Goyang Motif Bunga Raya

Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan

Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan

Baju Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Orkid Dengan Kerawang Pagar

Baju Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Orkid Dengan Kerawang Pagar

Kurung Pahang Sulam Motif Bunga Kemboja

Kurung Pahang Sulam Goyang Motif Bunga Kemboja Kerawang Pagar

Sulam Kerawang Kurung Pahang Motif Batik

Sulam Kerawang Kurung Pahang Motif Batik Bersama Kerawang Sisik Ikan

Lihat Lebih Banyak Koleksi
Busana Siap Disulam
0 +
Rekaan Sulam Eksklusif
0 +
Custom Design
0 %
Tahun Pengalaman
0 +
kerawang embroidery logo

Seni Sulam Goyang Kerawang

Teknik tradisional Melayu yang menggunakan jahitan sulam goyang dan tebuk kerawang bagi menghasilkan sulaman yang halus, kemas dan eksklusif.

Kami bukan sekadar menghasilkan sulaman, kami mencipta karya seni yang membawa identiti, nilai dan keanggunan warisan Melayu ke setipa helaian busana.

Mengapa Memilih Butik Sulam Kerawang Embroidery?

Proses yang teratur memastikan setiap tempahan memenuhi standard kualiti Kerawang Embroidery.

Kualiti Premium

Menggunakan benang sulam berkualiti tinggi dan fabrik terbaik.

Rekaan Eksklusif

Setiap rekaan adalah unik dan tidak diulang kepada pelanggan lain.

Buatan Mesin Manual

Setiap design disulam secara manual dengan penuh ketelitian.

Warisan Tradisi

Mengangkat seni Sulam Goyang Kerawang warisan Melayu.

Konsultasi Prcuma

Perbincangan rekaan, fabrik & anggaran kos tanpa sebarang komitmen.

Anda Tanya, Kami Jawab

Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Tempahan Kurung Pahang Sulam Kerawang

Apakah itu Kurung Pahang Sulam Kerawang?

Kurung Pahang Sulam Kerawang ialah busana tradisional Melayu yang menggabungkan potongan klasik Kurung Pahang dengan seni Sulam Kerawang secara manual. Sulaman ini menghasilkan motif berlubang (cutwork embroidery) yang kemas, elegan dan eksklusif, menjadikan setiap busana lebih mewah tanpa menghilangkan identiti warisan Melayu.

Perbezaan utamanya ialah pada hasil sulaman. Kurung Pahang biasa menampilkan rekaan yang ringkas, manakala Kurung Pahang Sulam Kerawang dihiasi dengan motif bunga dan corak eksklusif yang disulam secara manual. Setiap helaian mempunyai nilai seni yang tinggi serta memberikan penampilan lebih anggun untuk pelbagai majlis.

Kurung Pahang terkenal kerana potongannya yang longgar, sopan dan selesa dipakai sepanjang hari. Apabila digabungkan dengan Sulam Kerawang, ia menjadi busana premium yang sesuai untuk Hari Raya, majlis perkahwinan, pertunangan, makan malam rasmi dan acara korporat.

Ya. Setiap rekaan sulaman dihasilkan khas mengikut tempahan pelanggan. Kami tidak menghasilkan reka bentuk secara besar-besaran kerana setiap pelanggan berhak memiliki busana yang unik dan mempunyai identiti tersendiri.

Sudah tentu. Kami menyediakan tempahan mengikut ukuran badan pelanggan bagi memastikan potongan Kurung Pahang lebih kemas, selesa dan sesuai dengan bentuk badan masing-masing.

Ya. Anda boleh memilih pelbagai motif seperti bunga ros, orkid, magnolia, sakura, teratai, kemboja atau motif lain mengikut citarasa anda. Pasukan pereka kami juga boleh menghasilkan lakaran sulaman khas berdasarkan idea atau inspirasi yang anda berikan.

Motif bunga ros, orkid, magnolia, sakura, teratai dan kemboja merupakan antara pilihan paling popular. Motif-motif ini boleh digabungkan dengan corak Kerawang seperti pagar, sisik ikan atau sarang lebah untuk menghasilkan rekaan yang lebih eksklusif.

Ya. Kurung Pahang Sulam Kerawang menjadi pilihan ramai wanita untuk Hari Raya kerana potongannya yang selesa, sopan dan elegan. Sulaman eksklusif menjadikan busana lebih menyerlah tanpa kelihatan berlebihan.

Kami mencadangkan fabrik premium seperti linen, kapas berkualiti tinggi, cotton silk, satin lembut, crepe premium atau fabrik pilihan pelanggan. Pemilihan fabrik bergantung kepada jenis sulaman, tahap keselesaan dan tujuan pemakaian.

Tempoh penyediaan bergantung kepada kerumitan sulaman, keluasan kawasan yang disulam dan jumlah tempahan semasa. Oleh kerana setiap sulaman dilakukan secara manual, kami menggalakkan pelanggan membuat tempahan lebih awal, terutamanya bagi majlis perkahwinan atau musim perayaan.

Ya. Ramai pelanggan memilih Kurung Pahang Sulam Kerawang sebagai busana akad nikah, pertunangan dan resepsi kerana rekaannya yang elegan, sopan dan mempunyai sentuhan seni warisan Melayu yang eksklusif.

Untuk memastikan sulaman kekal cantik dan tahan lama:

  • Basuh menggunakan tangan atau mod cucian lembut.
  • Gunakan pencuci yang tidak mengandungi peluntur.
  • Elakkan memerah dengan kuat.
  • Gosok menggunakan suhu sederhana dengan kain pelapik.
  • Simpan di tempat yang kering dan berpengudaraan baik.

Penjagaan yang betul membantu mengekalkan kehalusan sulaman untuk tempoh yang lama.

Ya. Anda boleh menghantar fabrik sendiri ataupun busana yang telah siap dijahit. Pasukan kami akan memberikan panduan mengenai jenis fabrik dan persediaan yang sesuai supaya hasil Sulam Kerawang lebih kemas dan berkualiti.

Ya. Kami menawarkan pelbagai pilihan warna benang premium. Anda boleh memilih warna senada untuk penampilan yang lembut atau warna kontras bagi menghasilkan rekaan yang lebih menyerlah mengikut tema majlis.

Ya. Kami menerima tempahan daripada pelanggan di seluruh Malaysia serta luar negara. Semua urusan seperti konsultasi, pemilihan motif, ukuran dan pengesahan rekaan boleh dilakukan secara dalam talian sebelum busana dihantar kepada anda.

Kerawang Embroidery mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam penghasilan Sulam Goyang Kerawang. Setiap busana direka secara eksklusif menggunakan teknik sulaman manual, fabrik premium dan kemasan yang teliti. Hasilnya ialah busana yang bukan sahaja cantik dipakai, malah mempunyai nilai seni dan boleh diwarisi sebagai koleksi istimewa.

Harga bergantung kepada beberapa faktor seperti keluasan sulaman, tahap kerumitan motif, jenis fabrik, pilihan benang dan reka bentuk yang dipilih. Oleh kerana setiap tempahan adalah unik, kami mengesyorkan sesi konsultasi terlebih dahulu sebelum sebut harga diberikan.

Ya. Kami boleh menghasilkan rekaan sulaman yang sepadan untuk ibu, anak atau ahli keluarga bagi mewujudkan tema yang seragam untuk Hari Raya, majlis perkahwinan atau acara keluarga.

Jadikan Setiap Majlis Lebih Bermakna

Konsultasi percuma bersama kami untuk menghasilkan Kurung pahang sulam kerawang yang unik, elegan dan sesuai dengan gaya fesyen anda.