Koleksi Sulam Kerawang Kurung Tradisi

Kurung Tradisi Sulam Kerawang

Mengangkat keanggunan warisan Melayu melalui kehalusan Sulaman Kerawang yang dijahit dengan penuh ketelitian. Setipa helaian direka khas untuk menyerlahkan keanggunan klasik yang tidak lapuk dek zaman.

Rekaan Eksklusif

Setiap rekaan unik & istimewa.

Sulaman Manual

100% sulaman goyang manual oleh tenaga mahir.

Kemasan Premium

Setiap perincian diambil kira dengan teliti.

Konsultasi Percuma

Bincang dahulu, tanpa sebarang komitmen.

Terokai Koleksi Sulam Kurung Tradisi

Kami menghimpunkan pelbagai rekaan sulaman goyang kerawang yang telah dihasilkan untuk pelanggan dari seluruh Malaysia & luar Malaysia. Gunakan koleksi ini sebagai inspirasi untuk rekaan busana Kurung Tradisi untuk apa jua majlis anda.

Baju Kurung Tradisi Dengan Sulam Goyang Kerawang Motif Bunga Sakura dan Jasmine

Baju Kurung Tradisi Dengan Sulam Goyang Kerawang Motif Bunga Sakura dan Jasmine

Kurung Tradisi Sulam Goyang Corak Bunga Ros Dengan Kerawang Sarang Tebuan

Kurung Tradisi Sulam Goyang Corak Bunga Ros Dengan Kerawang Sarang Tebuan

Lihat Lebih Banyak Koleksi
Busana Siap Disulam
0 +
Rekaan Sulam Eksklusif
0 +
Custom Design
0 %
Tahun Pengalaman
0 +
kerawang embroidery logo

Seni Sulam Goyang Kerawang

Teknik tradisional Melayu yang menggunakan jahitan sulam goyang dan tebuk kerawang bagi menghasilkan sulaman yang halus, kemas dan eksklusif.

Setiap rekaan diinspirasikan daripada flora dan warisan Melayu.

Mengapa Memilih Butik Sulam Kerawang Embroidery?

Proses yang teratur memastikan setiap tempahan memenuhi standard kualiti Kerawang Embroidery.

Kualiti Premium

Menggunakan benang sulam berkualiti tinggi dan fabrik terbaik.

Rekaan Eksklusif

Setiap rekaan adalah unik dan tidak diulang kepada pelanggan lain.

Buatan Mesin Manual

Setiap design disulam secara manual dengan penuh ketelitian.

Warisan Tradisi

Mengangkat seni Sulam Goyang Kerawang warisan Melayu.

Konsultasi Prcuma

Perbincangan rekaan, fabrik & anggaran kos tanpa sebarang komitmen.

Anda Tanya, Kami Jawab

Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Tempahan Kurung Tradisi Sulam Kerawang

Apakah yang dimaksudkan dengan Kurung Tradisi Sulam Kerawang?

Kurung Tradisi Sulam Kerawang ialah busana tradisional Melayu yang dihiasi dengan sulaman Kerawang menggunakan teknik Sulam Goyang secara manual. Gabungan rekaan klasik dan seni sulaman halus menghasilkan busana yang elegan, eksklusif serta mengekalkan keindahan warisan Melayu.

Keistimewaannya terletak pada sulaman tangan yang teliti, corak kerawang yang unik serta kemasan premium pada setiap helaian busana. Setiap rekaan mempunyai nilai seni yang tinggi dan memberikan penampilan lebih mewah tanpa menghilangkan identiti Kurung Tradisi.

Ya. Sulaman Kerawang dihasilkan menggunakan teknik Sulam Goyang secara manual yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan ketelitian tinggi. Setiap jahitan diperiksa dengan teliti bagi memastikan hasil yang kemas dan berkualiti.

Sudah tentu. Kami menerima tempahan mengikut ukuran badan pelanggan supaya setiap busana memberikan potongan yang selesa, kemas dan sesuai dengan bentuk badan anda.

Ya. Anda boleh memilih daripada pelbagai motif bunga, dedaunan, corak klasik Melayu atau berbincang bersama kami untuk menghasilkan rekaan sulaman yang lebih eksklusif dan mengikut citarasa peribadi.

Kami menggunakan fabrik berkualiti premium seperti linen, kapas premium, satin lembut, cotton silk dan fabrik lain yang sesuai untuk sulaman Kerawang. Pemilihan fabrik bergantung kepada keselesaan, gaya dan keperluan pelanggan.

Tidak. Dengan penjagaan yang betul, Sulam Kerawang mampu kekal cantik selama bertahun-tahun. Teknik sulaman manual yang kemas serta penggunaan benang berkualiti tinggi menjadikan setiap busana tahan lasak dan sesuai dijadikan koleksi warisan keluarga.

Tempoh penyediaan bergantung kepada jenis rekaan, tahap kerumitan sulaman dan jumlah tempahan semasa. Kami menggalakkan pelanggan membuat tempahan lebih awal, terutama bagi majlis perkahwinan, pertunangan dan musim perayaan.

Ya. Busana ini sesuai dipakai untuk Hari Raya, majlis perkahwinan, pertunangan, majlis rasmi, makan malam korporat, konvokesyen dan pelbagai acara istimewa yang memerlukan penampilan anggun serta sopan.

Untuk memastikan sulaman sentiasa cantik dan tahan lama:

  • Basuh menggunakan tangan atau mod cucian lembut.
  • Gunakan pencuci yang tidak mengandungi peluntur.
  • Elakkan memerah dengan kuat.
  • Gosok menggunakan suhu sederhana di bahagian dalam pakaian atau menggunakan kain pelapik.
  • Simpan di tempat yang kering dan berpengudaraan baik.

Ya. Anda boleh memilih warna benang sulaman yang sesuai dengan warna fabrik atau tema majlis. Pasukan kami juga boleh mencadangkan kombinasi warna yang lebih elegan dan eksklusif.

Ya. Kami boleh menghasilkan set keluarga dengan rekaan sulaman yang sepadan untuk ibu, anak atau ahli keluarga bagi mewujudkan penampilan yang harmoni semasa majlis atau sambutan Hari Raya.

Ya. Walaupun mengekalkan potongan tradisional, Kurung Tradisi Sulam Kerawang kini diperkemaskan dengan pilihan warna kontemporari, motif eksklusif dan kemasan moden yang sesuai untuk wanita pelbagai peringkat usia.

Tidak. Oleh kerana sulaman dilakukan secara manual, setiap helaian mempunyai sentuhan seni yang tersendiri. Inilah yang menjadikan setiap busana lebih eksklusif dan bernilai.

Ya. Kurung Tradisi Sulam Kerawang merupakan hadiah premium yang sesuai untuk ibu, isteri, ahli keluarga atau insan tersayang sempena Hari Raya, ulang tahun, hari lahir, persaraan dan pelbagai majlis istimewa.

Jadikan Setiap Majlis Lebih Bermakna

Berbincanglah bersama kami untuk mendapatkan rekaan sulaman yang benar-benar mencerminkan keperibadian dan cita rasa anda.