Koleksi Sulam Kerawang Kebaya Nyonya
Kebaya Nyonya Sulam Kerawang
Gabungan keanggunan warisan Baba Nyonya dengan kemahiran Sulam Kerawang yang halus dan eksklusif.
Rekaan Eksklusif
Sulaman Manual
Kemasan Premium
Konsultasi Percuma
Terokai Koleksi Kebaya Nyonya Bersulam Mengikut Kategori
Kami menghimpunkan pelbagai rekaan sulaman goyang kerawang yang telah dihasilkan untuk pelanggan dari seluruh Malaysia & luar Malaysia. Gunakan koleksi ini sebagai inspirasi untuk rekaan busana bersulam untuk Kebaya Nyonya impian anda.
Keindahan Dalam Setiap Jahitan
Sulam Goyang Kerawang yang dihasilkan secara manual menggunakan teknik tebuk kerawang dan jahitan hiasan yang halus. Setiap motif diinspirasikan daripada flora dan warisan Melayu, disulam dengan penuh ketelitian sehingga mencipta kesan 3D yang anggun dan eksklusif.
Mengapa Memilih Butik Sulam Kerawang Embroidery?
Proses yang teratur memastikan setiap tempahan memenuhi standard kualiti Kerawang Embroidery.
Kualiti Premium
Rekaan Eksklusif
Buatan Mesin Manual
Warisan Tradisi
Konsultasi Prcuma
Anda Tanya, Kami Jawab
Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Tempahan Kebaya Nyonya Sulam Kerawang
Apakah itu Kebaya Nyonya Sulam Kerawang?
Kebaya Nyonya Sulam Kerawang ialah busana warisan Peranakan yang dihiasi dengan sulaman Kerawang menggunakan teknik Sulam Goyang secara manual. Keistimewaannya terletak pada motif bunga, burung dan corak tebuk kerawang yang halus, menghasilkan busana yang elegan, eksklusif dan kaya dengan nilai seni. Setiap rekaan dihasilkan mengikut citarasa pelanggan tanpa menghilangkan identiti asli Kebaya Nyonya.
Apakah yang membezakan Kebaya Nyonya Sulam Kerawang dengan kebaya biasa?
Kebaya biasa lazimnya mempunyai sulaman yang lebih ringkas atau tiada sulaman langsung. Kebaya Nyonya Sulam Kerawang pula menampilkan sulaman tangan yang rumit, motif eksklusif serta teknik tebuk kerawang yang menghasilkan kemasan berlubang (cutwork embroidery). Gabungan ini memberikan penampilan yang lebih mewah, klasik dan eksklusif.
Mengapa Kebaya Nyonya Sulam Kerawang masih menjadi pilihan sehingga hari ini?
Kebaya Nyonya bukan sekadar pakaian tradisional, tetapi lambang kehalusan seni dan warisan budaya. Rekaan klasiknya sentiasa relevan kerana boleh dipadankan dengan gaya moden tanpa menghilangkan identiti asal. Sulaman Kerawang pula menjadikan setiap busana lebih elegan dan bernilai sebagai koleksi warisan keluarga.
Adakah setiap Kebaya Nyonya dihasilkan secara eksklusif?
Ya. Setiap tempahan dihasilkan mengikut konsep 1 pelanggan, 1 rekaan. Kami tidak mengulang reka bentuk yang sama kepada pelanggan lain supaya setiap Kebaya Nyonya kekal unik dan mencerminkan identiti pemiliknya.
Apakah motif Sulam Kerawang yang popular untuk Kebaya Nyonya?
Antara motif yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah:
- Bunga Bakawali
- Burung Merak
- Merak Kayangan
- Bunga Sakura
- Bunga Ros
- Bunga Orkid
- Bunga Lily
- Magnolia
- Peony
- Melur (Jasmine)
Motif ini boleh digabungkan dengan pelbagai corak Kerawang tradisional seperti Kerawang Cakar Ayam, Kerawang Pagar, Kerawang Buih dan Kerawang Sarang Lebah untuk menghasilkan rekaan yang lebih eksklusif.
Bolehkah saya menempah Kebaya Nyonya mengikut ukuran badan?
Ya. Semua tempahan boleh dibuat mengikut ukuran badan pelanggan bagi memastikan potongan kebaya lebih kemas, selesa dan menyerlahkan bentuk badan tanpa menjejaskan keselesaan ketika dipakai.
Adakah saya boleh membawa fabrik sendiri?
Ya. Anda boleh menghantar fabrik sendiri atau kebaya yang telah dijahit. Pasukan kami akan menilai kesesuaian fabrik dan mencadangkan susunan sulaman yang terbaik bagi memastikan hasil akhir lebih cantik dan seimbang.
Fabrik apakah yang paling sesuai untuk Kebaya Nyonya Sulam Kerawang?
Kami mencadangkan fabrik berkualiti tinggi seperti:
- Swiss Voile
- Kasa Rubia
- Organza
- Linen Premium
- Cotton Premium
- Fabrik khas pilihan pelanggan
Pemilihan fabrik bergantung kepada jenis sulaman, tahap ketelusan fabrik dan konsep busana yang diinginkan.
Berapa lamakah tempoh menyiapkan Kebaya Nyonya Sulam Kerawang?
Tempoh penyediaan bergantung kepada keluasan kawasan sulaman, tahap kerumitan motif dan jumlah tempahan semasa. Oleh kerana setiap sulaman dilakukan secara manual, kami mengesyorkan pelanggan membuat tempahan beberapa bulan lebih awal, terutama bagi majlis perkahwinan atau acara penting.
Berapakah harga tempahan Kebaya Nyonya Sulam Kerawang?
Harga bergantung kepada beberapa faktor seperti:
- Keluasan kawasan sulaman
- Tahap kerumitan motif
- Jenis fabrik
- Pilihan benang
- Teknik Kerawang
- Kemasan akhir
Oleh sebab setiap tempahan adalah unik, kami akan menyediakan sebut harga selepas sesi konsultasi bagi memastikan anda menerima cadangan yang paling sesuai.
Adakah Kebaya Nyonya Sulam Kerawang sesuai untuk majlis perkahwinan?
Ya. Kebaya Nyonya Sulam Kerawang sangat sesuai untuk pelbagai majlis seperti:
- Akad Nikah
- Persandingan
- Majlis Pertunangan
- Majlis Makan Malam
- Sambutan Tahun Baharu Cina
- Hari Raya
- Acara Kebudayaan
- Majlis Rasmi
Rekaannya yang elegan menjadikannya pilihan untuk majlis yang memerlukan penampilan istimewa.
Bolehkah warna benang sulaman disesuaikan dengan tema majlis?
Ya. Kami menawarkan pelbagai pilihan warna benang premium yang boleh dipadankan dengan warna fabrik, sarung batik, kasut atau tema keseluruhan majlis bagi menghasilkan penampilan yang harmoni dan eksklusif.
Bagaimanakah proses tempahan Kebaya Nyonya Sulam Kerawang?
Proses tempahan kami adalah mudah:
- Hubungi kami melalui WhatsApp.
- Sesi konsultasi percuma bersama pereka.
- Pemilihan fabrik, motif dan warna sulaman.
- Penyediaan lakaran rekaan eksklusif.
- Pengesahan rekaan oleh pelanggan.
- Proses Sulam Goyang Kerawang secara manual.
- Pemeriksaan kualiti sebelum penghantaran.
Adakah anda menerima tempahan dari luar Malaysia?
Ya. Kami menerima tempahan daripada pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, serta pelanggan dari Singapura, Brunei, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara lain. Semua urusan konsultasi, ukuran dan pengesahan rekaan boleh dilakukan secara dalam talian sebelum penghantaran dibuat.
Bagaimana cara menjaga Kebaya Nyonya Sulam Kerawang?
Untuk memastikan sulaman sentiasa cantik:
- Basuh menggunakan tangan atau cucian profesional.
- Gunakan pencuci yang lembut.
- Elakkan peluntur.
- Gosok menggunakan suhu rendah dengan kain pelapik.
- Simpan dalam garment bag di tempat yang kering.
- Elakkan cahaya matahari secara langsung untuk tempoh yang lama.
Dengan penjagaan yang betul, Sulam Kerawang akan kekal cantik selama bertahun-tahun.
Mengapa memilih Kerawang Embroidery untuk tempahan Kebaya Nyonya Sulam Kerawang?
Kerawang Embroidery mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam seni Sulam Goyang Kerawang. Setiap Kebaya Nyonya direka khas mengikut identiti pelanggan menggunakan teknik sulaman manual, fabrik premium dan kemasan yang teliti. Matlamat kami adalah menghasilkan busana yang bukan sahaja indah dipakai, malah menjadi karya seni yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang.
Jadikan Setiap Majlis Lebih Bermakna
Berbincanglah bersama kami untuk mendappatkan rekaan sulaman yang benar-benar mencerminkan keperibadian dan cita rasa anda.


