KEBAYA NYONYA MELAKA SULAM
GOYANG KERAWANG MOTIF BUNGA BAKAWALI
Tempahan Sulam Goyang Daripada Klang, Selangor
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
Pada kali ini, sulaman goyang kerawang dihasilkan pada baju kebaya Nyonya Melaka milik Puan Tina dari Klang, Selangor. Motif bunga bakawali ini diambil sebagai motif sulam sebagaimana motif yang ada pada sarong kebaya nyonya Melaka ini.
MOTIF SULAM BUNGA BAKAWALI
Rekaan Sulam Goyang Kebaya Nyonya Melaka
Setiap motif samada motif utama ataupun motif sekunder pada kain sarong ini, diletakkan dan digabung jalinkan menjadi motif keseluruhan baju kebaya nyonya ini.
Sulam goyang kerawang dapat dilihat dihasilkan dengan jelas di bahagian tangan, bahagian hadapan baju, bahagian belakang baju serta di lidah baju kebaya nyonya sepenuhnya.
MOTIF KERAWANG CAKAR AYAM
Penggunaan Motif Kerawang Tradisi
Motif tebuk kerawang kali ini adalah kerawang cakar ayam yang dilihat berkais-kais dalam pelbagai saiz.
Namun, kerawang cakar ayam ini merupakan salah satu motif kerawang tradisi yang diminati sejak dahulu lagi.
CORAK SULAM GOYANG TAMPAK NATURAL
Hasil Kreativiti Untuk Kebaya Nyonya Melaka
Jelas di sini, motif sulam goyang bunga bakawali ini dapat dilihat mekar di kedua-dua bucu hadapan baju, di bahagian tangan dan juga di bahagian belakang baju kebaya nyonya ini. Malah ia dihasilkan juga dalam pandangan sisi seperti sisi serong ataupun sisi atas bunga bakawali tersebut.
Inilah yang menjadikan corak sulaman goyang kerawang ini nampak natural dengan pelbagai sisi dan saiz bentuk motif bunga sulam bakawali ini.
Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.