SULAM KERAWANG KURUNG PAHANG
MOTIF BATIK BERSAMA KERAWANG SISIK IKAN
Tempahan Sulam Goyang Daripada Bangi, Selangor
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
Kombinasi fabrik polos dengan lukisan-lukisan batik tidak dapat disangkal lagi kerana ia adalah kombinasi yang diminati ramai. Jika pada era 80-an, kita melihat ramai yang menggunakan fabrik corak batik sebagai busana dan fabrik polos sebagai kain.
Kini, minat tersebut terbalik kerana busana polos lebih dihasilkan pada baju berbanding kain. Hal ini disebabkan aksesori lain lebih mudah dihasilkan pada fabrik polos.
MOTIF SULAM BATIK
Rekaan Sulam Baju Kurung Pahang
Ya, pada kali ini, sulam kerawang batik hutan dihasilkan pada baju kurung Pahang. Ia ditempah oleh pelanggan dari Bukit Mahkota, Bangi.
Bagi mengharmonikan sulaman kerawang pada kali ini, semua elemen yang terdapat pada fabrik batik dimasukkan ke dalam motif sulaman kerawang. Ia hanya diharmonikan sahaja dengan penggunaan kerawang sisik ikan.
PENGGUNAAN WARNA KONTRA PADA HASIL SULAMAN
Penggunaan Warna Kontra Dalam Rekaan
Motif kerawang sisik ikan ini jarang dihasilkan kerana ia sedikit rumit. Namun, pada kali in, ia berjaya dihasilkan bagi memenuhi ruang sulaman motif bunga batik ini.
Apabila fabrik polos disulam, ia sangat cantik dan menarik menjadikan fabrik tersebut lebih mewah.
Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.