Busana polos amat cantik jika ditambah dengan aksesori. Salah satu aksesori untuk baju polos adalah sulaman goyang kerawang. Ya, pada kali ini, sulaman motif bunga teratai dan bunga dahlia dihasilkan pada baju kurung Pahang.

Di sini, dapat dilihat dengan jelas bagaimana motif bunga dahlia adalah motif sekunder yang menjadikan hasil sulaman kali ini nampak sedikit berbeza dengan hasil sulaman sebelumnya.

Selain itu, sulaman goyang kali ini adalah antara rekaan sulaman yang tebal iaitu setebal 10 inci yang menjadi permintaan pelanggan dari Singapura. Dari pengalaman kami, penempah daripada Singapura kebiasaannya inginkan ketebalan sulam antara 8 hingga 14 inci untuk satu-satu baju kurung.

Dengan ini, jelas hasil sulamannya pasti mewah dengan ketebalan sedemikian. Apatah lagi pada kali ini, saiz motif yang dihasilkan adalah bersaiz sederhana agar ia sesuai dengan ketebalan sulaman setinggi 10 inci.

Ya, jika dilihat dari sulamannya, pasti ia dimiliki oleh individu yang berhijab. Ini kerana sulaman ini dihasilkan pada bahagian hujung tangan baju dan juga bawah baju.

Ini kerana, bagi pelanggan yang tidak berhijab, pastinya permintaan untuk dihasilkan sulaman pada leher baju akan dibuat agar hasilnya akan nampak lebih berseri jika diperagakan.

Jika diperhatikan dengan teliti, pada kali ini jelas sekali tidak kelihatan kerawang dihasilkan di celahan ruang kosong pada sulaman tersebut. Tetapi sebaliknya, hanya dihasilkan Teknik ‘tahi ulat’ iaitu pergerakan bebas yang melingkar secara bersambungan antara satu sama lain.

Ia biasa dilihat pada comforter ataupun selimut yang dihasilkan dengan Teknik patchwork.

Oleh kerana pelanggan hanya mahukan sulaman sahaja pada bajunya, jadi Teknik ‘tahi ulat’ ini telah dihasilkan dengan menggunakan benang kilat agar ruang-ruang kosong di celahan motif sulaman menjadi lebih cantik dan berseri dengan design bebas berurat ini.

Selain itu, penggunaan warna juga amat penting dalam menghasilkan sulaman yang cantik. Pada kali ini, jelas kelihatan penggunaan warna kontra dihasilkan untuk baju kurung Pahang polos ini. Namun, pandangan mata sesiapa yang melihat akan terpersona dengan pemilihan warna kontra ataupun triadic ini.

Walaupun warna yang dipilih amat kontra, namun gabungan warna kontra yang sedia ada ini berjaya menjadikan hasil corak lebih harmoni dan nampak hidup. Malah, penggunaan warna emas kilat di celahan hasil sulaman pada kali ini, menjadikan keseluruhan sulaman motif bunga Teratai dan bunga dahlia ini nampak timbul dan menarik.

Jelas di sini, sulur yang dihasilkan pula adalah daripada batang-batang bunga Teratai dan juga bunga dahlia sahaja. Sulur-sulur ini dihasilkan untuk penyambungan secara seimbang antara kedua-dua motif bunga tersebut.

Ini kerana motif bunga Teratai mempunyai saiz sedikit besar daripada saiz bunga dahlia. Dengan ini, sulur berbentuk batang ini merupakan penyambung antara kedua-dua motif sulam.

Selain sulur, Teknik yang digunakan untuk menyulam keseluruhan sulaman pada kali ini turut penting agar hasil sulaman ini nampak lebih timbul dan menjadi daya tarikan setiap mata yang memandangnya. Gabungan Teknik satin zig zag, bukaan zig zag halus, Teknik layangan dan sulam padu cincang telah digunakan sepenuhnya dalam menghasilkan rekaan sulaman pada kali ini.

Dengan Teknik yang betul, sulaman pada kali ini nampak lebih timbul pada fabrik polos berwarna hijau ini. Selain itu, jelas kelihatan juga Teknik sulam timbul digunakan pada biku baju yang dihasilkan dengan bulatan-bulatan yang berderet yang membentuk scallop.

Jadi, walaupun sulaman motif gabungan bunga Teratai dan bunga dahlia ini tidak mempunyai kerawang, akan tetapi hasilnya tetap cantik apabila Gerakan ‘tahi ulat’ yang menggunakan benang emas berkilat dihasilkan memenuhi ruang kosong pada sulaman tersebut. Gerakan secara rawak yang dihasilkan dengan benang emas berkilat ini memberi kelainan pada keseluruhan sulaman nyonya kali ini.

Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.

Top
Hello!
Butik
Sulam Goyang.
Menyediakan khidmat menyulam goyak kerawang untuk aneka busana dan majlis.

GENERAL INQUIRIES
kerawangembroidery

SOCIAL MEDIA