Baju kurung Pahang amat diminati Wanita masa kini kerana potongannya menampakkan si pemakai lebih ramping dan ayu. Jadi, pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung Pahang yang ditempah oleh pelanggan dari US.

Kali ini, motif bunga orkid yang menjadi pilihan motif sulam goyang pelanggan ini kerana baginya motif orkid amat sesuai dipakai anak daranya. Hal ini kerana motif orkid ini dianggap segar dan sesuai untuk orang muda.

Corak bunga orkid ini dihasilkan pada bahagian tangan baju, depan dan juga belakang baju kurung Pahang ini. Malah, bentuk coraknya pula adalah seperti bentuk rebung iaitu membukit. Dihasilkan pada bahagian tangan dan depan baju. Sebaliknya, di bahagian belakang baju dihasilkan corak sulam goyang yang mendatar sahaja.

Ketebalan sulaman goyang pula dihasilkan setinggi 4 inci di bahagain tangan dan 5 inci di bahagian depan baju. Ia sesuai dengan usia anak pelanggan yang masih remaja. Walaupun corak ini boleh dikategorikan tebal tetapi ia tidak sarat sepertimana yang dihasilkan setinggi lebih daripada 5 inci.

Corak sulur sulam goyang tidak dihasilkan, sebaliknya ia dihiasi dengan batang-batang orkid yang dilukis secara semulajadi bagi lukisan bunga orkid. Hal ini membuatkan ia nampak lebih segar dan natural.

Oleh kerana corak orkid dikira sebagai bunga-bunga moden, corak kerawang yang menjadi pilihan pelanggan adalah corak kerawang pagar. Dengan adanya kerawang pagar ini, hasil sulamannya akan nampak klasik dan lebih cantik. Ia adalah hasil gabungan rekaan moden dan tradisi.

Warna hasil keseluruhan motif sulaman goyang bunga orkid ini adalah warna emas. Ia bagi memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan tema warna emas untuk baju kurung Pahang kali ini. Dengan itu, bagi mencantikkan lagi design sulam goyang kerawang ini, benang emas dan kilat dan benang emas sulaman telah digunakan sepenuhnya pada rekaan sulam goyang baju kurung Pahang ini bagi mendapatkan tona yang lebih cantik.

Dari segi Teknik sulaman pula, kami banyak menggunakan Teknik satin bukaan zig zag kerana untuk menghasilkan design yang timbul dan 3D bagi keseluruhan sulaman goyang kerawang kali ini. Ia sangat bersesuaian kerana saiz bunga orkid yang sederhana ini dapat menghasilkan bukaan zig zag dengan mudah dan cepat.

Secara keseluruhannya, hasil sulaman goyang ini telah mengikut semua permintaan pelanggan. Dan beliau amat berpuas hati dengan hasil design sulaman goyang kerawang ini.

Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.

Top
Hello!
Butik
Sulam Goyang.
Menyediakan khidmat menyulam goyak kerawang untuk aneka busana dan majlis.

GENERAL INQUIRIES
kerawangembroidery

SOCIAL MEDIA