BAJU PENGANTIN KURUNG PAHANG
SULAM GOYANG KERAWANG MOTIF BUNGA RAYA
Tempahan Sulam Goyang Daripada Melaka
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Pada kali ini, tempahan sulaman dibuat oleh pelanggan dari Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia dihasilkan pada kurung Pahang dari fabrik soft satin silk. Katanya untuk majlis perkahwinannya nanti.
MOTIF SULAM BUNGA RAYA
Rekaan Sulam Baju Pengantin Kurung Pahang
Kali ini, motif sulaman yang dihasilkan agak unik sedikit kerana butik sulam kami memilih untuk menghasilkan motif bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Ia amat jarang dihasilkan dalam mana-mana karya saya sebelumnya. Bunga raya, walaupun ia nampak mudah tetapi agak sukat untuk dihasilkan dek kerana lenggok bunga ini statik. Walau bagaimanapun, cabaran ini yang memberi pengalaman dalam penghasilan rekaan sulam goyang kerawang kali ini.
Oleh sebab rekaan sulam goyang ini dihasilkan untuk majlis perkahwinan, maka ketebalan sulam yang dihasilkan adalah 4.5 inci di bahagian tangan dan juga 8.5 inci di bahagian hadapan baju kurung Pahang ini. Dengan ini, ia akan nampak mewah dan tebal. Jadi, sesuailah sulaman ini digayakan pada majlis perkahwinan pelanggan ini nanti.
PENGGUNAAN WARNA KONTRA PADA HASIL SULAMAN
Penggunaan Warna Kontra Dalam Rekaan
Bunga raya adalah sejenis bunga yang tidak mempunyai sulur yang meliang-liku seperti sulur paku-pakis ataupun sulur kekacang. Akan tetapi ranting-ranting bunga raya ini dihadirkan bagi menggantikan sulur-sulur yang menjadi penyambung atau sempadan motif sulaman goyang kali ini. Justeru, ranting-ranting yang diselitkan dengan dedaun yang bergerigi Berjaya mencantikkan lagi rekaan sulaman goyang kerawang untuk baju pengantin ini.
Oleh sebab motifnya yang unik, ia disajikan dengan kerawang berbentuk daun. Dengan gabungan ini secara keseluruhannya, ia akan nampak lain daripada yang lain. Namun, penghasilan kerawang daun ini memakan masa sedikit kerana penghasilannya agak cerewet berbanding kerrawang-kerawang tradisi seperti buih, cakar ayam dan sarang tebuan. Walaupun begitu, cabaran demi cabaran Berjaya dilalui dalam menghasilkan rekaan sulam goyang kerawang yang bermotif bunga raya pada kali ini.
PENGGUNAAN WARNA EMAS PADA HASIL SULAMAN
Penggunaan Warna Emas Dalam Rekaan
Dalam pemilihan warna benang sulam, ia lebih mudah sedikit kerana pelanggan ini inginkan rekaan sulam goyang yang bertemakan warna emas. Jadi, bagi memenuhi permintaannya, warna yang dihasilkan adalah warna emas dan juga warna yang senada dengannya.
Teknik sulaman goyang yang digunakan pula, lebih tertumpu kepada Teknik bukaan zig zag. Ia dihasilkan agar rekaan sulaman goyang kerawang bunga raya ini nampak lebih timbul. Terutamanya sekali dalam penghasilan sesungut pada bunga raya yang menjadikan ia lebih natural sepertimana bunga raya sebenar.
Jadi, pihak pelanggan bertuah kerana dapat menggayakan rekaan sulaman yang unik dengan hasil sulaman kerawang motif bunga raya pada kali ini.
Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.