Sulaman kerawang kali ini dihasilkan pada baju kurung Pahang moden yang dipadankan dengan kain songket tenun. Pada kali ini, motif abstrak dipilih bagi memberi kelainan sedikit dalam hasil sulaman goyang sebelum ini.

Di mana sebelum ini, kami banyak menghasilkan rekaan sulam yang bermotifkan flora. Ini kerana motif flora sangat sinonim dengan sulaman goyang kerawang.

Sulaman kerawang motif abstrak ini, merupakan permintaan pelanggan dari Singapura. Ia dihasilkan setinggi 5 inci pada bahagian tangan dan keliling bawah baju kurung Pahang moden ini.

Jika dilihat dengan teliti pada motif sulaman goyang ini, ia seperti gabungan awan larat dan juga paku pakis. Walaupun awan laratnya tidak bersambungan tetapi kombinasi kedua-dua motif ini menjadikan motif abstrak yang dihasilkan kelihatan mekar segar. Ini kerana, ia nampak klasik apabila dipadankan dengan songket tenun.

Di bahagian tangannya pula, dihasilkan corak sulam goyang secara membukit. Dengan ini, hasil sulaman di bahagian tanagn akan nampak penuh dan juga mewah.

Dari segi kerawangnya pula, kerawang cakar ayam menjadi pilihan untuk motif sulaman abstrak ini. Ia bertujuan agar hasilnya lebih nampak klasik. Hal ini kerana, kerawang cakar ayam adalah kerawang yang lama atau kerawang klasik sepertimana kerawang buih, pagar dan juga kerawang sarang tebuan.

Dari segi warnanya pula, ia lebih kelihatan natural kerana menggunakan warna-warna lembut yang sama dengan warna tenun songket tersebut. Warna-warna yang digunakan adalah senada agar harmoni apabila dipadankan dengan kain songket tenun.

Jadi, kombinasi motif kerawang dan warna amat penting dalam menghasilkan sulaman kerawang yang cantik dan menarik serta dapat menambat hati pelanggan.

Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.

Top
Hello!
Butik
Sulam Goyang.
Menyediakan khidmat menyulam goyak kerawang untuk aneka busana dan majlis.

GENERAL INQUIRIES
kerawangembroidery

SOCIAL MEDIA