Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan

Tempahan Sulam Goyang Dari Melaka

Baju kurung Pahang kini, kian menjadi pilihan ramai berbanding dengan baju kurung tradisi. Mungkin disebabkan potongannya yang mengembang ke bawah yang menjadikannya lebih selesa untuk bergerak telah menjadi faktor utama pilihan pemakai masa kini.

Malahan, potongan sebegini menampakkan ia satu potongan yang elegan dan segar. Apatah lagi jika ditambah dengan rekaan sulam goyang kerawang.

MOTIF BUNGA MAGNOLIA

Rekaan Sulam Goyang Baju Kurung Pahang

Ya, pada kali ini, sulam kerawang batik hutan dihasilkan pada baju kurung Pahang. Ia ditempah oleh pelanggan dari Bukit Mahkota, Bangi.

Bagi mengharmonikan sulaman kerawang pada kali ini, semua elemen yang terdapat pada fabrik batik dimasukkan ke dalam motif sulaman kerawang. Ia hanya diharmonikan sahaja dengan penggunaan kerawang sisik ikan.

Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan
Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan
Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan
Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan
Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan

REKAAN BUNGA MAGNOLIA SEBENAR

Aplikasi Bunga Semulajadi

Dari segi susun atur motifnya pula, ia dihasilkan sepenuhnya menggunakan motif bunga magnolia, samada dari segi bunga yang mekar bersaiz besar, kudup bunga, bunga kecil dan juga dedaunnya. Kesemuanya diambil inspirasi daripada bunga magnolia yang sebenar itu sendiri.

Oleh yang demikian, hasil sulaman goyang kerawang ini tidak mempunyai sulur yang meliang-liuk kerana ia menggambarkan motif bunga magnolia yang sebenar. Ia hanya dihiasi dengan dedaun bunga magnolia sahaja, bagi menampakkan rekaan yang segar dan menarik.

Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan
Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan
Kurung Pahang Sulam Goyang Kerawang Bunga Magnolia dgn Kerawang Sisik Ikan

KERAWANG SISIK IKAN

Motif Kerawang Yang Tersusun

Walaupun begitu, kerawang yang dihasilkan kali ini adalah berbentuk sisik ikan. Di mana, kerawang ini dihasilkan tersusun dan berlapis-lapis. Pemilihan kerawang sisik ikan ini sememangnya bersesuaian dengan design sulam goyang kali ini.

Jadi, hasil sulaman goyang kerawang akan menjadi lebih cantik jika disulam goyang secara manual dan digabung jalinkan dengan teknik ayak goyang yang betul serta warna benang yang harmoni. Ia akan menampakkan gaya elegan untuk seseorang yang memakainya.

DESIGN SULAM GOYANG AYAK MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN

Rekaan Sulaman Memenuhi Kehendak Pelanggan

Rekaan sulam goyang kerawang Kurung Pahang motif bunga Magnolia ini memukau dengan kehalusan seni tradisional yang digabungkan bersama gaya elegan moden untuk memenuhi kehendak pelanggan dari Melaka. Setiap helaian fabrik dihiasi dengan kerawang sisik ikan yang halus dan unik, menyerlahkan keindahan corak semula jadi yang menjadi simbol kelembutan dan ketenangan.

Sentuhan bunga Magnolia yang mekar di atas kain menjadikan busana ini tampil mewah dan eksklusif, sesuai untuk majlis perkahwinan, pertunangan, atau acara rasmi yang istimewa.

Kurung Pahang sulam goyang kerawang motif bunga Magnolia dengan kerawang sisik ikan ini direka khas bagi wanita yang menghargai keindahan seni halus warisan Melayu dari Melaka. Gabungan teknik sulaman goyang yang rumit dan rekaan kerawang yang teliti menonjolkan nilai tradisi dalam gaya moden yang mempesona.

Dengan perincian elegan dan jahitan berkualiti tinggi, busana ini bukan sekadar pakaian tradisional, tetapi karya seni yang melambangkan keanggunan, ketelitian, dan citarasa mewah pelanggan masa kini.