Pada kali ini, sulaman goyang kerawang dihasilkan pada baju akad nikah dengan menggunakan fesyen baju kurung Kedah moden. Sulaman goyang kali ini nampak lebih mewah kerana bertemakan warna emas.

Jadi, pihak kami telah menggunakan sepenuhnya warna keemasan berkilat bagi menampakkan kemewahan sulaman goyangnya sepertimana yang diinginkan oleh pelanggan.

Ya, pelanggan ini datangnya dari Cheras, Selangor, yang merupakan bakal pengantin yang ingin menyarungkan busana kurung Kedah moden bersulam ini pada majlis pernikahannya.

Sulaman goyang kerawang kali ini dihasilkan pada bahagian tangan, depan baju, belakang baju serta bahagian kain. Di bahagian tangan baju, sulama goyang dihasilkan setinggi 6 inci, manakal di bahagian hadapan baju pula, dihasilkan sulam goyang setinggi 12 inci dan di bahagian kain pula, dihasilkan sulam setinggi 10 inci.

Selain itu, rekaan bentuk sulam goyang di bahagian tangan dan di hadapan baju dihasilkan meninggi secara bentuk pucuk rebung. 

Di bahagian baju, dihasilkan sulamnya dalam bentuk mendatar. Manakala di bahagian kainnya pula, sulam goyang berbentuk ‘’L’’ menjadi pilihan.

Selain daripada rekaan bentuk dan ketebalan sulaman goyang kerawang, motif abstrak Morocco dan bunga bakung menjadi pilihan agar menampakkan kemewahan yang sesuai dipakai oleh raja sehari. Motif Morocco ini jarang-jarang kami hasilkan kecuali atas permintaan penempah.

Hal ini kerana, motif Morocco sedikit sulit untuk dihasilkan terutamanya dalam menghasilkan corak rekaan sulaman goyang yang nampak timbul dan menarik. Alhamdulillah, kami Berjaya menghasilkannya.

Dari segi pemilihan kerawang, corak kerawang pagar merupakan kerawang yang sesuai dengan rekaan motif pada kali ini. 

Bukan sahaja nampak corak kerawang pagar ini tampak mewah, tapi ia berada dalam kelasnya tersendiri.

Bukan itu sahaja, Teknik goyang ayak yang digunakan lebih kepada Teknik bukaan zig zag dan juga Teknik cincang padu satin. Ini akan menampakkan sulaman goyang kerawang lebih timbul dan kemas.

Jadi, untuk menghasilkan motif atau rekaan corak Morocco dengan sempurna, perlu mempunyai kemahiran yang tinggi.

Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.

Top
Hello!
Butik
Sulam Goyang.
Menyediakan khidmat menyulam goyak kerawang untuk aneka busana dan majlis.

GENERAL INQUIRIES
kerawangembroidery

SOCIAL MEDIA