Tempahan Kurung Pahang Moden Bersulam Goyang Motif Abstrak
Tempahan Sulam Goyang Dari Singapura

Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.

Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.

Thank you for such a lovely embroidery kebaya.

Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2

Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.

Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.

Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.

My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Sulaman kerawang kali ini dihasilkan pada baju kurung Pahang moden yang dipadankan dengan kain songket tenun. Pada kali ini, motif abstrak dipilih bagi memberi kelainan sedikit dalam hasil sulaman goyang sebelum ini.
Di mana sebelum ini, kami banyak menghasilkan rekaan sulam yang bermotifkan flora. Ini kerana motif flora sangat sinonim dengan sulaman goyang kerawang.
MOTIF SULAM ABSTRAK
Rekaan Sulam Goyang Baju Kurung Pahang
Sulaman kerawang motif abstrak ini, merupakan permintaan pelanggan dari Singapura. Ia dihasilkan setinggi 5 inci pada bahagian tangan dan keliling bawah baju kurung Pahang moden ini.
Jika dilihat dengan teliti pada motif sulaman goyang ini, ia seperti gabungan awan larat dan juga paku pakis. Walaupun awan laratnya tidak bersambungan tetapi kombinasi kedua-dua motif ini menjadikan motif abstrak yang dihasilkan kelihatan mekar segar. Ini kerana, ia nampak klasik apabila dipadankan dengan songket tenun.
PENGHASILAN KERAWANG CAKAR AYAM
Motif Klasik Kerawang Cakar Ayam
Di bahagian tangannya pula, dihasilkan corak sulam goyang secara membukit. Dengan ini, hasil sulaman di bahagian tanagn akan nampak penuh dan juga mewah.
Dari segi kerawangnya pula, kerawang cakar ayam menjadi pilihan untuk motif sulaman abstrak ini. Ia bertujuan agar hasilnya lebih nampak klasik. Hal ini kerana, kerawang cakar ayam adalah kerawang yang lama atau kerawang klasik sepertimana kerawang buih, pagar dan juga kerawang sarang tebuan.
PENGGUNAAN WARNA LEMBUT
Warna Benang Yang Lebih Natural
Dari segi warnanya pula, ia lebih kelihatan natural kerana menggunakan warna-warna lembut yang sama dengan warna tenun songket tersebut. Warna-warna yang digunakan adalah senada agar harmoni apabila dipadankan dengan kain songket tenun.
Jadi, kombinasi motif kerawang dan warna amat penting dalam menghasilkan sulaman kerawang yang cantik dan menarik serta dapat menambat hati pelanggan.
DESIGN SULAM GOYANG AYAK MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN
Rekaan Sulaman Memenuhi Kehendak Pelanggan
Jadi, rekaan sulam kerawang Kurung Pahang moden motif abstrak ini menonjolkan keunikan seni tradisional Melayu yang digabungkan dengan gaya kontemporari untuk memenuhi citarasa pelanggan dari Singapura. Setiap helaian fabrik dihiasi dengan kerawang cakar ayam yang halus dan eksklusif, melambangkan keanggunan serta ketelitian hasil tangan tukang jahit tempatan.
Reka bentuk motif abstrak yang moden memberikan sentuhan segar kepada busana tradisional, menjadikannya pilihan ideal bagi wanita yang ingin tampil bergaya, sopan, dan elegan pada majlis istimewa.
Baju Kurung Pahang moden sulam kerawang motif abstrak dengan kerawang cakar ayam ini direka khas untuk pelanggan dari Singapura yang menghargai keaslian warisan Melayu dalam gaya moden. Perincian sulaman yang teliti dan corak kerawang yang unik menyerlahkan keindahan tradisi sambil menepati citarasa fesyen masa kini.
Hasil gabungan seni klasik dan rekaan eksklusif ini menjadikan busana ini bukan sahaja cantik dipandang, malah sesuai untuk pelbagai acara rasmi dan perkahwinan, sekaligus memenuhi kehendak pelanggan yang mengutamakan kualiti dan keanggunan.









