SULAM GOYANG KERAWANG KURUNG
KEDAH MODEN DENGAN CORAK BUNGA ROS DAN APTENIA
Tempahan Sulam Goyang Daripada Egypt, Mesir.
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
Sulaman kerawang motif gabungan bunga ros dan bunga aptenia pada baju kurung Kedah moden dengan kerawang cakar ayam. Rekaan sulam goyang kerawang ini adalah hasil permintaan daripada pelanggan yang berada di Eqypt, Mesir.
SULAMAN SETINGGI 4 INCI
Rekaan Sulam Goyang Baju Kurung Kedah Moden
Sulaman kerawang ini dihasilkan pada hujung tangan dan juga keliling bawah baju. Ia dihasilkan setinggi 4 inci. Namun, di bahagian tangan dan juga hadapan baju ini, dihasilkan sulamnya secara membukit iaitu membentuk seperti pucuk rebung.
Bentuk pucuk rebung di bahagain hujung tangan akan menjadikan tangan tersebut nampak lebih runcing dan kurus sesuai untuk hasil yang nampak elegan. Di bahagian hadapan baju pula, ia akan nampak penuh dan tinggi yang menjadikan ia nampak mewah.
PEMILIHAN MOTIF KERAWANG CAKAR AYAM
Motif Kerawang Pada Rekaan Baju
Sulur yang digunakan hanya meliuk sahaja sebagaimana bunga aptenia yang merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Jadi, ia dijadikan sebagai bunga sekunder yang menyokong motif keseluruhan sulaman pada design kali ini.
Corak kerawang pada kali ini adalah corak kerawang cakar ayam. Ia dipilih kerana ingin memasukkan elemen klasik dalam hasil sulaman kerawang ini. Hal ini disebabkan oleh sulaman goyang dihasilkan pada baju kurung Kedah moden. Jadi, ia nampak unik dan menyerlahkan lagi hasil sulaman kerawang ini.
PEMILIHAN WARNA COLOURFUL
Penggunaan Warna Sulam Goyang
Dari segi pemilihan warna benang, pula, pihak pelanggan gemarkan design sulam yang mempunyai warna yang menyerlah dan colourful. Ini kerana latar belakang fabriknya iaitu warna merah bata akan menjadikan hasil sulaman nampak pudar dan outdated sekiranya pemiilhan warna dilakukan secara tidak tepat.
Justeru, warna-warna yang terang dan lembut digabungkan agar hasil sulaman motif bunga ros dan aptenia ini nampak cantik dan menyerlahkan identiti pelanggan.
PENGGUNAAN TEKNIK SULAM AYAK
Kaedah Menyulam Goyang Ayak Tradisional
Dari segi Teknik sulaman goyangnya pula, gabungan Teknik satin dan juga Teknik layangan telah digunakan agar hasil sulaman nampak lebih bertona. Ia menjadikan sulaman goyang ini nampak lebih hidup dan 3D dari segi warnanya. Sebab itulah, Teknik-teknik ini digunakan secara menyeluruh agar hasil sulaman goyang kerawang ini menepati citarasa pelanggan.
Alhamdulillah, kerana hasil sulaman goyang ini telah berjaya menambat hati pelanggan kami. Terima kasih kerana menempah sulam goyang kerawang bersama kami.
Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.