Sulam Goyang Kerawang Bunga Orkid Baju Kurung Moden Pengantin

Tempahan Sulam Goyang Dari TTDI, Kuala Lumpur

Pada kali ini, sulaman goyang kerawang dihasilkan pada baju kurung moden milik pelanggan dari TTDI, Kuala Lumpur. Pada asalnya baju kurung moden ini telah dihiasi dengan border lace dan juga hotfix. Namun, pelanggan tidak berpuas hati dengan hasilnya dan meminta pihak kami menggantikan border lace dan hotfix tersebut dengan sulaman goyang kerawang.

Oleh yang demikian, pihak kami perlulah menghasilkan sulaman yang agak tebal bagi menutupi ruang yang mengandungi kesan-kesan gam hotfix dan juga bahagian jahitan border lace.

MOTIF SULAM BUNGA ORKID

Rekaan Sulam Baju Nikah Kurung Moden

Ya, pada kali ini, sulam goyang kerawang motif bunga orkid ini dihasilkan pada baju kurung moden. Ia ditempah oleh pelanggan dari Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Atas permnintaan pelanggan juga, beliau amat menyukai motif bunga orkid kerana katanya motif orkid ini juga turut menjadi motif viral dipakai sewaktu majlis perkahiwinan anak bekas pengacara Nona yang kini merupakan seorang VVIP. Sebab itulah beliau inginkan motif bunga orkid sebagai motif sulaman goyang kerawang baju kurung moden ini

Tempahan Sulam Goyang Kerawang Untuk Baju Nikah Kurung Moden Kuala Lumpur
Tempahan Sulam Goyang Kerawang Untuk Baju Nikah Kurung Moden Kuala Lumpur
Tempahan Sulam Goyang Kerawang Untuk Baju Nikah Kurung Moden Kuala Lumpur
Tempahan Sulam Goyang Kerawang Untuk Baju Nikah Kurung Moden Kuala Lumpur
Tempahan Sulam Goyang Kerawang Untuk Baju Nikah Kurung Moden Kuala Lumpur

PENGHASILAN REKAAN SULAM TEBAL

Bagi Menutupi Kesan Hotfix dan Lace.

Oleh kerana kami perlu menutupi kesan-kesan hotfix dan juga kesan jahitan border lace, sulaman goyang kerawang kali ini perlu dihasilkan setinggi 6 inci dan ke atas. Pada bahagian tangan baju ini dihasilkan sulaman goyang kerawang setinggi 8 inci, di bahagian belakangnya pula dihasilkan sulam goyang kerawang setinggi 6.5 inci. 

Manakala di bahagian hadapan baju pula, dihasilkan sulam goyang kerawang setinggi 12 inci. Hal ini bertujuan menjadikan baju kurung moden ini berwajah baru setelah sulaman goyang kerawang siap sepenuhnya.

Tempahan Sulam Goyang Kerawang Untuk Baju Nikah Kurung Moden Kuala Lumpur
Tempahan Sulam Goyang Kerawang Untuk Baju Nikah Kurung Moden Kuala Lumpur
Tempahan Sulam Goyang Kerawang Untuk Baju Nikah Kurung Moden Kuala Lumpur

REKAAN KERAWANG PAGAR

Untuk Memenuhi Permintaan Pelanggan

Untuk motif kali ini, tiada sulur yang meliang-liuk digunakan kerana ia mengambil ilham daripada bunga orkid sebenar yang tidak mempunyai ranting ataupun sulur yang meliang-liuk dan lembut. Sebab itulah reranting yang disertai dengan kudup orkid sahaja yang menjadi penyambung antara satu kuntum bunga orkid dengan kuntuman bunga orkid yang lain pada keselurahan sulaman goyang kerawang pada kali ini.

Jika dlihat, pihak pelanggan yang banyak mempengaruhi hasil sulaman goyang kerawang kali ini kerana beliau inginkan motif sulaman bunga orkid ini digabungjalinkan dengan kerawang pagar. Hal ini kerana dengan padanan kerawang pagar ini, sulaman yang terhasil akan nampak lebih klasik dan elegan. Sebab itulah kerawang pagar dihasilkan pada setiap celahan motif sulaman goyang kerawang pada kali ini.

PENGGUNAAN BENANG SULAM WARNA EMAS

Pada Keseluruhan Motif Sulaman Goyang Baju Nikah

Oleh kerana latar kain busana ini adalah kuning muda, maka pelanggan daripada Kuala Lumpur ini inginkan warna emas untuk sulamannnya. Oleh yang demikian, secara keseluruhannya, kami menggunakan warna emas iaitu samada emas benang sulam satin biasa atupun benang emas kilat. Sebab itulah ia nampak timbgul dan lebih natural.

Jadi pada kali ini, pihak kami lebih menitikberatkan ciatarasa pelanggan yang inginkan sulaman goyang motif bunga orkid dengan kerawang pagar yang bertemakan warna keemasan. Semoga ia dapat menyerlahkan kecantikan si pemakai apabila menyarungkan baju sulaman goyang kerawang ini pada hari pernikahannya nanti.