MAFLA BERSULAM GOYANG KERAWANG
CORAK BUNGA ROS
Tempahan Sulam Mafla Daripada Sungai Petani, Kedah.

Thank you for such a lovely embroidery kebaya.

Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.

Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2

Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.

My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.

Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.

Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.

Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Pada kali ini, sulaman motif bunga ros ini menjadi pilihan untuk selempang ataupun mafla. Sulaman yang menghiasi mafla ini ialah permintaan pelanggan dari Sungai Petani, Kedah. Justeru, ia memang dihasilkan khas untuk pelanggan ini.
Corak sulaman goyang kerawang pada mafla ini ialah bunga ros yang menjadi motif yang sering diminta oleh pelanggan-pelanggan butik kerawang embroidery kami. Hal ini kerana motif bunga ros yang mempunyai banyak kelopak menjadikannya cantik dipandang oleh setiap mata yang melihatnya.
MOTIF SULAM ROS
Rekaan Sulam Mafla
Daripada segi ketebalan sulam pula, kali ini tidak dihasilkan dengan ketebalan tertentu seperti 2”, 3”, 4” dan sebagainya. Sebaliknya motif sulaman ini dihasilkan di hujung mafla dan juga di bahagian tengah mafla ini. Selebihnya hanya biku yang menyambung susunan jambangan motif bunga ros ini pada mafla.
Corak sulur pula dihasilkan seperti huruf “S” ataupun sulur alur sungai sahaja. Ia dibuat dalam menyambung jambangan-jambangan motif sulaman mafla ini sepanjang lebaran dan panjang mafla ini. Sebab itulah tiada sulur yang berbentuk kekacang ataupun paku pakis yang dihasilkan pada mafla ini.
PENGGUNAAN WARNA KONTRA PADA HASIL SULAMAN
Penggunaan Warna Kontra Dalam Menyulam Mafla
Dalam pemilihan warna benang, ia dihasilkan warna yang kontra agar sulaman pada mafla ini kelihatan jelas dan cantik. Hal ini kerana, warna-warna sebegini akan menampakkan si pemakai lebih berani dan berketerampilan dalam menggayakan mafla bersulam ini. Walau bagaimanapun, hasilnya tetap harmoni dan cantik pada mata yang memandangnya.
Daripada segi teknik sulaman goyang kerawangnya pula, ia banyak menggunakan teknik sulam padu satin dengan bukaan zig zag. Malah, turut digunakan teknik layangan bagi mendapatkan tona warna berbeza dalam mewarnai kelopak-kelopak motif bunga ros ini. Begitu juga dengan dedaun-dedaun yang menyerikan bunga ros ini. Ia nampak timbul dek teknik sulam goyang kerawang satin dan sulam padu cincang yang digunakan dalam menghasilkan dedaun-dedaun ini.
REKAAN SULAM PADA MAFLA
Unik dan Tersendiri
Jadi, nyata bahawa penggunaan teknik sulaman yang betul dalam menghasilkan motif-motif sulaman akan menjadikan sesuatu rekaan sulaman goyang kerawang lebih cantik dan menyerlah walaupun rekaan motif yang dihasilkannya simple.
Jadi, sulaman motif pada mafla bersulam ini sangat unik dan dihasilkan pada mafla yang jarang diminta oleh pihak pelanggan. Namun, dalam berkarya, ia perlu dihasilkan dalam pelbagai medium agar selaras dengan kehendak dan permintaan pelanggan.
Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.