SULAM GOYANG KERAWANG KURUNG
PAHANG MOTIF BUNGA MAGNOLIA DENGAN KERAWANG SISIK IKAN
Tempahan Sulam Goyang Daripada Melaka
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Baju kurung Pahang kini, kian menjadi pilihan ramai berbanding dengan baju kurung tradisi. Mungkin disebabkan potongannya yang mengembang ke bawah yang menjadikannya lebih selesa untuk bergerak telah menjadi faktor utama pilihan pemakai masa kini.
Malahan, potongan sebegini menampakkan ia satu potongan yang elegan dan segar. Apatah lagi jika ditambah dengan rekaan sulam goyang kerawang.
MOTIF BUNGA MAGNOLIA
Rekaan Sulam Goyang Baju Kurung Pahang
REKAAN BUNGA MAGNOLIA SEBENAR
Aplikasi Bunga Semulajadi
Dari segi susun atur motifnya pula, ia dihasilkan sepenuhnya menggunakan motif bunga magnolia, samada dari segi bunga yang mekar bersaiz besar, kudup bunga, bunga kecil dan juga dedaunnya. Kesemuanya diambil inspirasi daripada bunga magnolia yang sebenar itu sendiri.
Oleh yang demikian, hasil sulaman goyang kerawang ini tidak mempunyai sulur yang meliang-liuk kerana ia menggambarkan motif bunga magnolia yang sebenar. Ia hanya dihiasi dengan dedaun bunga magnolia sahaja, bagi menampakkan rekaan yang segar dan menarik.
KERAWANG SISIK IKAN
Motif Kerawang Yang Tersusun
Walaupun begitu, kerawang yang dihasilkan kali ini adalah berbentuk sisik ikan. Di mana, kerawang ini dihasilkan tersusun dan berlapis-lapis. Pemilihan kerawang sisik ikan ini sememangnya bersesuaian dengan design sulam goyang kali ini.
Jadi, hasil sulaman goyang kerawang akan menjadi lebih cantik jika disulam goyang secara manual dan digabung jalinkan dengan teknik ayak goyang yang betul serta warna benang yang harmoni. Ia akan menampakkan gaya elegan untuk seseorang yang memakainya.
Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.