Sulam Kerawang Kurung Pahang Motif Batik Bersama Kerawang Sisik Ikan

Tempahan Sulam Goyang Daripada Bangi, Selangor

Kombinasi fabrik polos dengan lukisan-lukisan batik tidak dapat disangkal lagi kerana ia adalah kombinasi yang diminati ramai. Jika pada era 80-an, kita melihat ramai yang menggunakan fabrik corak batik sebagai busana dan fabrik polos sebagai kain.

Kini, minat tersebut terbalik kerana busana polos lebih dihasilkan pada baju berbanding kain. Hal ini disebabkan aksesori lain lebih mudah dihasilkan pada fabrik polos.

MOTIF SULAM BATIK

Rekaan Sulam Baju Kurung Pahang

Ya, pada kali ini, sulam kerawang batik hutan dihasilkan pada baju kurung Pahang. Ia ditempah oleh pelanggan dari Bukit Mahkota, Bangi.

Bagi mengharmonikan sulaman kerawang pada kali ini, semua elemen yang terdapat pada fabrik batik dimasukkan ke dalam motif sulaman kerawang. Ia hanya diharmonikan sahaja dengan penggunaan kerawang sisik ikan.

Sulam Kerawang Kurung Pahang Motif Batik
Koleksi Sulam Kerawang Kurung Pahang
Sulam Kerawang Kurung Pahang Motif Batik - Butik Kerawang Embroidery
Sulam Kerawang Kurung Pahang Motif Batik
Sulam Kerawang Kurung Pahang Motif Batik

PENGGUNAAN WARNA KONTRA PADA HASIL SULAMAN

Penggunaan Warna Kontra Dalam Rekaan

Motif kerawang sisik ikan ini jarang dihasilkan kerana ia sedikit rumit. Namun, pada kali in, ia berjaya dihasilkan bagi memenuhi ruang sulaman motif bunga batik ini.

Apabila fabrik polos disulam, ia sangat cantik dan menarik menjadikan fabrik tersebut lebih mewah.Manakala di bahagian bawah baju sulaman kerawang motif kemboja ini dihasilkan sulamnya secara mendatar bagi menampakkan kemewahan ketebalan sulaman kerawang dengan ketebalan 10 inci tersebut.

DESIGN SULAM GOYANG AYAK MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN

Rekaan Sulaman Memenuhi Kehendak Pelanggan

Jadi, sulaman kerawang motif bunga kemboja ini berjaya menambat hati pelanggan dari Bangi yang sangat berpuashati dengan hasilnya. 

Ia sesuai dengan citarasanya yang merupakan seorang yang simple dan elegan.