KURUNG NIKAH SULAM KERAWANG
MOTIF BUNGA LILI KERAWANG SARANG TEBUAN
Tempahan Sulam Kurung Pahang Nikah Dari Pasir Gudang, Johor
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
SULAM GOYANG DENGAN
MOTIF BUNGA LILY
Tempahan Sulam Goyang Ayak
Ya, pada kali ini, sulaman goyang kerawang dihasilkan pada baju kurung Pahang potongan moden. Mengapa saya katakan ia potongan moden? Ini kerana busana tradisi ataupun asli kurung Pahang mempunyai pesak yang kembang ke bawah. Tetapi untuk busana ini, pesak tidak dihasilkan, sebaliknya potongan kembang terus dihasilkan dari bawah dada hingga ke labuh baju.
Atas permintaan penempah sulam goyang kerawang ini, maka motif bunga lily telah dihasilkan. Motif bunga lily ini dihasilkan untuk penempah dari Pasir Gudang, Johor. Penempah amat meminati bunga lily.
Justeru, untuk majlis akad nikahnya nanti, beliau inginkan sulaman goyang kerawang yang menggunakan motif bunga kegemarannya, iaitu bunga lily.
REKAAN SULAM KERAWANG KURUNG
NIKAH SETEBAL 6 INCI
Ketebalan Rekaan Sulam Kerawang
Oleh kerana penempah ini menyatakan bahawa beliau seorang yang sederhana dalam penampilan fesyen, jadi ketinggian sulaman goyang kerawang hanya dihasilkan setebal 6 inci di bahagian hujung tangan dan hujung baju. Di bahagian hadapan baju pula dihasilkan sulam setebal 6 inci sahaja.
Walau bagaimanapun, sulaman goyang dihasilkan secara membukit yang amat sesuai dengan ketebalan yang lebih sederhana.
Namun, di bahagian hadapan kainnya pula, dihasilkan corak sulamannya seperti huruf L dan dihasilkan setebal 2 inci sahaja. Dengan ini, hasil sulaman goyang kerawang kali ini, amat cantik dan bersesuaian dengan citarasa pelanggan dari Pasir Gudang ini.
Cuma, untuk hari pernikahan ini sahaja, sulaman goyang kerawang dihasilkan tebal sedikit tetapi masih sesuai dengan citarasa penempah butik kami.
MOTIF KERAWANG SARANG TEBUAN
Rekaan Sulam Kerawang Sarang Tebuan
Bagi menampakkan sulaman goyang kerawang lebih klasik dan tersusun, maka kerawang motif sarang tebuan menjadi pilihan kami pada kali ini. Ya, kerawang motif sarang tebuan ini dilihat kemas dengan susunan heksagon pada sarang tebuan di celahan sulaman goyang motif bunga lily ini.
Sebab itulah, hasil sulaman goyang kali ini nampak lebih klasik dan sesuai digayakan oleh pengantin dalam majlis akad nikahnya nanti.
PENGGUNAAN WARNA PASTEL PADA
HASIL SULAMAN KURUNG NIKAH
Penggunaan Warna Pastel Pada Rekaan Sulam
Jika dilihat, warna baju nikah kurung Pahang potongan moden ini adalah warna coklat emas lembut. Jadi, atas permintaan pelanggan yang menginginkan warna senada dengan warna fabrik bajunya, maka pemilihan warna-warna yang lebih berbentuk pastel dipilih dan digunakan.
Pemilihan warna berbentuk pastel ini dipilih agar ia benar-benar memenuhi citarasa penempah kurung nikah ini.
Cuma bagi menampakkan lagi seri baju ini, penggunaan benang berwarna emas kilat digunakan agar sulaman yang dihasilkan nampak lebih timbul dan hidup. Ia dapat dilihat jelas pada debunga motif bunga lily ini.
Di mana benang emas berkilat ini telah disulam sebagai tonanya agar kelihatan lebih menarik. Inilah yang menjadi penyeri dalam rekaan sulaman goyang kerawang motif bunga lily ini.
SULUR PENYAMBUNGAN MENEGAK AGAR
LEBIH NATURAL DENGAN MOTIF SULAM
Rekaan Sulur
Sulur juga memainkan peranan dalam hasil sulaman goyang kerawang motif bunga lily ini. Jika diamati betul-betul sulur yang dihasilkan tidaklah meliuk seperti sulur kekacang ataupun awan larat.
Sebaliknya, hanya penyambungan jambangan bunga lily sahaja yang dihasilkan. Ini disebabkan sifat bunga lily tersebut yang berbentuk lurus atau tegak sahaja.
Jadi, motif bunga lily ini dapat memenuhi kehendak penempah dan menyerikan lagi majlis akad nikah perkahwinannya nanti.