Pada 2021, banyak mempamerkan motif bunga ros ataupun mawar yang menjadi pilihan tempahan sulaman pada busana. Boleh dikatakan pemilihan motif ros ataupun mawar ini dilihat sebagai satu motif yang dimodenkan berbanding dengan motif cengkeh, tampuk manggis dan juga bunga asam batu yang lebih kepada motif-motif tradisi.

Pada tempahan kali ini, sulaman kerawang motif bunga ros ataupun mawar menjadi pilihan pelanggan yang berada di Nilai, Negeri Sembilan. Katanya, beliau inginkan motif sulam yang lebih segar untuk busana si isteri agar suri hatinya kelihatan vogue sedikit daripada kebiasaan.

Hal ini kerana, si isteri lebih gemar berbusana polos sahaja walaupun menghadiri majlis-majlis keramaian ataupun majlis-majlis rasmi. Sebab itulah busana bersulam kerawang ini diharap menjadi satu koleksi baharu untuk si isteri.

Sulaman ini dihasilkan setinggi 4 inci di bahagian tangan dan juga di bahagian keliling bawah baju kurung moden ini. Oleh kerana baju ini adalah kurung moden pendek, maka memadailah ia disulam setebal 4 inci sahaja agar ia nampak sepadan dan sesuai dengan busana yang pendek ini.

Hal ini disebabkan, jika ia dihasilkan melebihi 4 inci, ia akan menjadikan sulaman tersebut nampak bersarat dan berserabut apabila dipakai. Jadi ketinggian sulaman kerawang setinggi 4 inci ini cukup manis dan ideal untuk tempahan rekaan motif bunga ros atau mawar ini.

Motif sulaman bunga ros ataupun mawar ini dihasilkan dengan rekaan yang lebih tradisi. Hal ini kerana rekaan sulaman kerawang kali ini mengetengahkan kerawang yang berada di celah-celah sulaman yang dihasilkan. Namun, jika gaya tradisi sulaman dan juga kerawang dihasilkan secara berpisah, maka corak kerawang akan berada di bahagian bawah motif sulaman bunga ros tersebut.

Di sini jelas kelihatan elemen tradisi digunakan dalam sulaman kerawang iaitu dengan menghasilkan motif sulaman ros atau mawar yang berada di atas kerawang.

Malahan, susunan kerawang tebuan ini, membuatkan hasil sulaman kerawang ini nampak lebih kemas dan tersusun. Ia jelas kelihatan apabila kerawang sarang tebuan ini dihasilkan secara tersusun cantik dan sekata. Kemas dan sedap mata memandang. Itulah ungkapan yang dapat diluahkan setelah melihat hasil rekaan kerawang sarang tebuan ini.

Selain daripada itu, bentuk sulaman kerawang seperti pucuk rebung yang disusun kecil ini jelas menampakkan sulaman kerawang motif bunga ros atau mawar ini kelihatan seperti bukit-bukit kecil yang mengelilingi busana kurung moden pendek ini. 

Elemen inilah yang menjadikan hasil sulaman kali ini cantik dan menawan.

Bagi menghasilkan sulaman yang kelihatan vogue sepertimana yang dikehendaki oleh penempah, penggunaan warna yang betul amat penting. Di sini, jelas kelihatan penggunaan warna kontra telah digunakan dalam menghasilkan rekaan sulaman kerawang motif bunga ros atau mawar ini. Namun, penggunaan warna kontra ini tetap harmoni dengan padanan warna hijau tua polos. Apapun, warna yang digunakan pastinya perlulah harmoni agar ia cantik dan sedap dipandang mata.

Jadi, hasil sulaman kerawang motif bunga ros ataupun mawar ini telah berjaya menambat hati suri untuk pelanggan kami dari Nilai ini.

Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.

Top
Hello!
Butik
Sulam Goyang.
Menyediakan khidmat menyulam goyak kerawang untuk aneka busana dan majlis.

GENERAL INQUIRIES
kerawangembroidery

SOCIAL MEDIA