Pada kali ini, sulaman goyang kerawang dihasilkan pada baju kurung kedah moden. Baju kurung kedah moden ini, diubah kembang dengan rekaan yang selesa untuk pelanggan. Ia sangat cantik dengan gaya ringkas tetapi menarik dipadankan dengan kain duyung.

Sulaman goyang motif bunga jasmine pula menjadikan pilihan untuk tempahan sulam goyang pada baju kurung kedah moden ini, agar hasilnya nampak lebih klasik.

Dari segi ketebalan sulaman goyang kerawang ini, ia memenuhi citarasa pelanggan yang mahukan ketebalan sulam di bahagian tangan dan labuh baju setinggi 5 inci. Manakala pada bahagian tangan pula, bentuk sulaman dihasilkan secara membukit agar tangan si pemakai lebih nampak runcing dan mewah dengan hasil sulaman motif bunga jasmine ini.

Namun, di bahagian bawah baju, ia dihasilkan secara mendatar agar ia nampak lebih kemas, dan tidak berserabut kerana baju kurung kedah ini pendek. Sebab itulah motif sulaman goyang pada bahagian labuh baju ini dihasilkan secara mendatar.

Atas permintaan pelanggan yang inginkan warna yang pastel dan natural, maka warna benang sulam yang senada telah digunakan agar hasil penataan warnanya nampak sederhana walaupun sulamannya mewah.

Dari segi motif kerawangnya pula, bentuk motif kerawang cakar ayam telah menjadi pilihan. Ia bagi menampakkan lagi hasil sulaman kerawang ini lebih klasik. Ini kerana motif kerawang cakar ayam adalah salah satu motif kerawang tradisi yang diminati sehingga kini.

Justeru, dengan gabungan motif tradisi pada busana kurung kedah moden ini, ia dapat memberikan impak yang sangat lain dan unik untuk si pemakai. Sulam goyang kerawang ini dihasilkan seperti yang dihajati oleh penempah yang ingin mengenakan busana mewah tetapi masih lagi sederhana dalam penampilannya. Ia amat sesuai dengan karektor seorang yang ringkas, pemalu dan lemah lembut.

Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.

Top
Hello!
Butik
Sulam Goyang.
Menyediakan khidmat menyulam goyak kerawang untuk aneka busana dan majlis.

GENERAL INQUIRIES
kerawangembroidery

SOCIAL MEDIA