Busana Kebaya Tradisi Eksklusif

Kebaya Tradisi Motif Flora Royal Poinciana

Direka khas menggunakan teknik Sulam Goyang Kerawang bagi menghasilkan busana pengantin yang elegan, eksklusif untuk pelanggan kami dari Shah Alam, Malaysia.

Keanggunan Royal Poinciana, Mekarnya Warisan Dalam Setiap Jahitan

Daripada kemegahan Flora Royal Poinciana, lahirlah sebuah rekaan yang meraikan keindahan alam dalam bentuk seni sulaman yang penuh ketelitian. Setiap kuntuman bunga menjadi inspirasi kepada sebuah karya yang bukan sekadar indah dipandang, tetapi kaya dengan makna dan nilai warisan.

Melalui teknik Sulam Goyang Kerawang, setiap motif disulam satu persatu bagi menghasilkan tekstur yang hidup dan memancarkan dimensi yang mempesonakan. Alunan corak flora yang mengelilingi bahagian labuh kebaya mencipta keseimbangan yang elegan, memperlihatkan kesempurnaan seni pertukangan tangan yang diwarisi turun-temurun.

Direka untuk wanita yang menghargai kehalusan seni dan keindahan tradisi, kebaya ini bukan sekadar busana, tetapi sebuah karya yang membawa kisah, budaya dan legasi dalam setiap jahitan.

"Apabila Keindahan Alam Bertemu Dengan Kehalusan Seni Sulaman, Lahirlah Sebuah Kebaya Yang Mewarisi Kemegahan, Keanggunan Dan Kisah Yang Tidak Lapuk Ditelan Zaman."

Maklumat Rekaan

Bukan sekadar sulaman, kami juga membantu menghasilkan busana yang direka khas mengikut ukuran badan dan gaya pilihan anda.

Jenis Busana

Kebaya Tradisi

Kategori Busana

Kebaya

Motif Sulaman

Floral Royal Poinciana

Teknik Sulaman

Sulam Goyang Kerawang

Apa kata pelanggan kami?

Soalan Lazim (FAQ)

Ya, sudah tentu.

Ramai pelanggan datang kepada kami tanpa sebarang rekaan. Pasukan kami akan membantu memberikan idea, memilih motif sulaman, menentukan susunan corak, saiz sulaman serta warna benang yang sesuai mengikut jenis busana, majlis dan citarasa anda.

Setiap rekaan dihasilkan secara eksklusif dan bukan menggunakan template komputer.

Tidak semestinya.

Keseluruhan proses tempahan boleh dilakukan secara dalam talian melalui WhatsApp.

Anda hanya perlu menghantar gambar busana atau fabrik, berbincang mengenai rekaan yang diinginkan, dan selepas dipersetujui, anda boleh menghantar busana melalui kurier.

Ramai pelanggan kami tidak pernah datang ke butik tetapi berjaya menerima hasil sulaman seperti yang diharapkan.

Harga bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Ketebalan sulaman
  • Saiz kawasan sulaman
  • Kerumitan motif
  • Jenis fabrik
  • Bilangan bahagian yang ingin disulam

Setiap tempahan mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu kami akan memberikan sebut harga selepas perbincangan mengenai rekaan yang anda inginkan.

Kedua-duanya boleh.

Oleh kerana sulaman kami dihasilkan sepenuhnya secara manual dan bukan menggunakan mesin komputer automatik, kami boleh menyulam sama ada pada:

  • Fabrik yang belum dijahit
  • Busana yang telah siap dijahit

Namun, sekiranya anda ingin membuat sulaman pada bahagian leher untuk busana yang telah siap dijahit, kami menyarankan supaya bahagian leher tidak ditebuk terlebih dahulu.

Cukup sekadar melukiskan bentuk leher pada fabrik dan pihak kami akan melakukan proses menebuknya selepas sulaman selesai bagi memastikan hasil akhir lebih kemas dan tepat.

Terdapat beberapa perkara teknikal lain yang perlu diberi perhatian. Untuk memudahkan proses tempahan, kami mengesyorkan anda berbincang terlebih dahulu dengan pihak butik.