SULAMAN GOYANG MOTIF BUNGA
CARNATION PADA BAJU KEBARUNG DENGAN KERAWANG PAGAR
Tempahan Sulam Goyang Daripada Bahau, Negeri Sembilan.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
Kebarung merupakan gabungan 2 elemen iaitu kebaya dan baju kurung. Oleh yang demikian, kita dapat lihat di hadapan baju ini dijahit seperti kebaya kerana mempunyai lidah ataupun lepeh di bahagian hadapan baju. Manakala di bahagian sisi baju pula akan kelihatan seperti baju kurung samada baju kurung tradisi ataupun baju kurung pesak gantung ataupun kurung riau.
Ya, pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kebarung yang ditempah oleh pelanggan dari Bahau, Negeri Sembilan. Oleh yang demikian sulaman kerawang dihasilkan pada lidah baju, tangan, hadapan baju dan juga bahagian belakang baju.
MOTIF SULAM BUNGA CARNATION
Rekaan Sulam Goyang Baju Kebarung
Mengapa motif bunga carnation menjadi pilihan? Ya, hal ini disebabkan padanan kain pada baju kebarung ini mempunyai corak daun-daun yang bergerigi bersaiz besar. Ia dilihat amat sepadan apabila motif bunga carnation dipadankan dengan kain tersebut. Hal ini kerana bunga carnation mempunyai daun yang bergerigi dan bentuk bunganya yang mempunyai banyak kelopak. Inilah yang menjadi faktor pemilihan motif corak sulaman pada kali ini.
Dari segi ketebalan sulamannya pula, kita boleh lihat satu persatu bahagian sulam goyangnya pada busana. Di bahagian lidah ataupun lepeh baju kebarung ini, hanya dihasilkan sulam biku sahaja. Namun, biku di bahagian ini jelas kelihatan biku yang bercorak daun dan juga sulur seperti bentuk S. Ia menunjukkan seperti pucuk-pucuk daun yang lebih digambarkan pada bahagian ini. Pada bahagian tangan baju pula sulaman kerawang dihasilkan setinggi 4 inci secara membukit. Ia dihasilkan begitu agar hasil sulaman motif bunga carnation ini nampak penuh dan seakligus manjeadikan tangan si pemakai nampak lebih runcing. Seterusnya di bahagain hadapan baju dihasilkan secara membukit. Di bahagian akhir sekali, iaitu bahagian belakang baju dihasilkan secara menurun pada bahagian tengah dan belakang baju.
PEMILIHAN MOTIF KERAWANG PAGAR
Motif Kerawang Pada Rekaan Kebarung
Ya, jika dilihat corak kerawangnya pula, ia adalah jenis kerawang pagar. Kerawang pagar ini merupakan kerawang tradisi ataupun kerawang-kerawang lama yang masih diminati sehingga hari ini. Justeru, untuk harmonikan dengan rekaan pada keluarga ini, kerawang pagar digunakan dan dihiasi pada celah-celah sulaman agar ia nampak lebih trendy.
Dari segi corak sulur pula, dapat dlihat sulur seperti kekacang telah digunakan pada bahagian tangan, hadapan dan juga belakang baju. Namun, di bahagian lidah serta di bahagian hujung biku dihasilkan sulur yang berbentuk seperti batang dan pucuk sahaja. Ia sepertimana sulur S ataupun alur sungai. Namun, dihiasi dengan dedaun pada sulur tersebut.
PEMILIHAN 1 WARNA
Penggunaan Warna Benang Sulam Goyang
Dari segi warna benang, atas permintaan pelanggan yang hanya inginkan satu warna iaitu warna yang sama dengan fabrik digunakan. Beliau tidak mahu dicampurkan dengan warna lain ataupun benang kilat. Hanya 1 warna sahaja. Jadi, untuk memuaskan hati pelanggan, rekaan sulam goyang kali ini hanya menggunakan 1 warna bagi memenuhi citarasanya.
Oleh kerana warna yang digunakan adalah 1 warna sahaja, maka Teknik zig zag dan cincang padu digabungkan agar hasil sulaman bunga carnation ini nampak timbul. Jika tidak pastinya ia akan tenggelam dek 1 warna yang digunakan.
Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.