Pada kali ini, tempahan sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung moden fabrik songket. Baju kurung moden full lining ini turut dihasilkan kami sesuai dipakai pada majlis resepsi perkahwinan pelanggan kami yang berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor.

Ya kali ini, corak ataupun motif sulaman kerawang adalah motif bunga Sakura sepertimana yang diminta oleh pihak pelanggan, bagi memenuhi impiannya sebagai raja sehari, maka pihak butik sulam kami telah hasilkan berserta perincian segala kehendak pelanggan agar beliau berseri di majlis resepsinya nanti.

Selain itu, dari segi ketebalan sulamannya juga turut berlainan daripada rekaan-rekaan kami sebelum ini. Biasanya bentuk rekaan sebelum ini banyak menghasilkan bentuk-bentuk mendatar dan juga pucuk rebung. Namun, pada tempahan kali ini, di bahagian bawah baju tidak dihasilkan sebegitu. Sebaliknya, dihasilkan seperti tanduk binatang, iaitu di bahagian sisinya tinggi manakala di bahagian tengahnya dihasilkan rendah dan mendatar.

Corak sulur sulam goyang tidak dihasilkan, sebaliknya ia dihiasi dengan batang-batang orkid yang dilukis secara semulajadi bagi lukisan bunga orkid. Hal ini membuatkan ia nampak lebih segar dan natural.

Dengan ini, ia akan memberikan impak yang berlainan kepada hasil sulaman kerawang pada baju kurung moden songket ini.

Jika dilihat, keseluruhannya ia digabungkan dengan kemeriahan daun-daun kecil mengelilingi setiap genap motif sulaman. Ia berikutan perintaan penempah yang hanya inginkan himpunan dedaun yang rimbun menghiasi bungaan yang cantik. Dengan rimbunan dedaun ini dapat menggantikan fungsi sulur yang memauti setiap motif sulam.

Dengan rimbunan dedaun ini dapat menggantikan fungsi sulur yang memauti setiap motif sulam.

Dari segi corak kerawangnya pula, ia dibuat tersusun dengan kerawang sarang tebuan. Ditambah pula dengan biku berlekuk-lekuk kecil yang menghasilkan scallop besar yang cantik. Ia mencantikkan lagi hasil sulaman bunga Sakura ini.

Dari segi ketebalan sulam pula, dihasilkan sulam tebal sedikit seiring dengan busana ataupun pakaian yang akan dipakai dalam majlis resepsi perkahwinan ini nanti. Di bahagian tepi baju, dibuat setinggi 8 inci dan di bahagian tangan pula adalah 4 inci. Manakala di bahagian kain pula dihasikan setinggi 8 inci.

Selain tu, tema tembaga dan emas menjadi tema dalam design sulam goyang kerawang pada kali ini. Sebab itulah warna-warna ini digunakan pada keseluruhannnya kerana memenuhi permintaan pelanggan yang mengikut tema diberi.

Untuk menampakkan sulaman lebih kemas dan timbul, teknik bukaan zig zag dan juga cincang sulam padu telah digunakan agar setiap kelopak-kelopak bunga dan daun sulam nampak timbul dan menarik. Ini membuatkan ia lebih cantik pada mata sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sulaman goyang kerawang pada kali ini telah membuatkan pelanggan sangat berpuas hati dengan rekaannya dan sangat sesuai digayakan pada majlis resepsi perkahwinannya nanti. Hal ini kerana setiap olahan sulaman pada keseluruhannya telah memenuhi permintaan pelanggan tersebut.

Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.

Top
Hello!
Butik
Sulam Goyang.
Menyediakan khidmat menyulam goyak kerawang untuk aneka busana dan majlis.

GENERAL INQUIRIES
kerawangembroidery

SOCIAL MEDIA