BAJU PENGANTIN PRINCESS CUT
BERSULAM GOYANG MOTIF ROS
Tempahan Sulam Goyang Dari Bandar Sunway
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Pada kali ini, sulaman goyang kerawang dihasilkan pada baju pengantin kurung princess cut untuk pelanggan dari Bandar Sunway.
Baju kurung princess cut ini dijahit berbeza dengan baju kurung moden biasa kerana di bahagian bawah baju sedikit kembang. Sulaman goyang kerawang motif bunga ros ini disulam pada hujubng tangan dan keliling bawah baju pengantin ini.
MOTIF SULAM BUNGA ROS
Rekaan Sulam Goyang Baju Pengantin Princess Cut
Mengapa motif ros menjadi pilihan? Ini kerana ia adalah berdasarkan permintaan pelanggan yang inginkan bunga ros disulam pada busananya yang akan disarungkan pada hari bersejarahnya nanti. Sebab itulah hasil sulaman goyang motif bunga ros ini dihasilkan untuk memenuhi citarasa dan permintaan pelanggan.
Ya, sememangnya motif bunga ros ini merupakan motif corak sulam goyang yang amat diminati pelanggan. Ini berkemungkinan kerana bunga ros ini melambangkan kecintaan dan kasih sayang terutamanya untuk Wanita.
HASIL SULAM GOYANG SETINGGI 5 INCI
Ketebalan Rekaan Sulam Goyang
Dari segi ketebalan sulam goyangnya pula, ia dihasilkan setinggi 5 inci di bahagian hujung tangan, 8 inci di bahagian hadapan baju dan 2 inci di bahagian belakang baju. Namun, di bahagian hadapan dan tangan baju dihasilkan dalam bentuk pucuk rebung ataupun bentuk 3 segi dan membukit.
Ia akan menjadikan hasil sulam goyang kerawang ini nampak penuh di tangan dan sekaligus juga menjadikan tangan baju ini nampak lebih runcing. Begitu juga dengan bahagian hadapan baju, ia akan nampak penuh dan mewah.
PEMILIHAN KERAWANG PAGAR
Motif Kerawang Pagar Untuk Busana Pengantin
Warna hasil keseluruhan motif sulaman goyang bunga orkid ini adalah warna emas. Ia bagi memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan tema warna emas untuk baju kurung Pahang kali ini. Dengan itu, bagi mencantikkan lagi design sulam goyang kerawang ini, benang emas dan kilat dan benang emas sulaman telah digunakan sepenuhnya pada rekaan sulam goyang baju kurung Pahang ini bagi mendapatkan tona yang lebih cantik.
Selain itu, corak kerawang yang menjadi pilihan sulaman motif bunga ros kali ini adalah kerawang pagar. Ia merupakan salah satu motif kerawang tradisi atau klasik yang menjadi pilihan ramai. Cuma pada kali ini, lenggok kerawang pagar dimodenkan dengan dihasilkan pada celahan-celahan motif sulaman bunga ros.
WARNA SULAM SENADA
Hasil Sulam Goyang Kerawang Baju Pengantin
Dari segi pemilihan warnanya pula, kami mengambilkira pilihan pelanggan yang hanya inginkan warna senada dan sedikit sahaja warna emas. Sebab itulah dapat dilihat jelas di sini, hanya warna off-white dan emas sahaja yang digunakan pada corak sulam goyang kali ini bagi memenuhi tema yang diminta pelanggan.
Dari segi Teknik sulamannya pula, Teknik satin sulam padu bukaan zig zag telah digunakan pada keseluruhan motif sulaman kerawang bunga ros ini. Hal ini bagi memudahkan kerja-kerja menjahit manik di atas sulaman yang turut menjadi permintaan pelanggan dari Bandar Sunway ini. Selain itu juga, Teknik satin ini akan menjadikan hasil design sulam goyang ini nampak lebih timbul dan menyerlah.
REKAAN SULAM GOYANG MENGIKUT CITARASA ANDA
Tempahan Sulam Goyang Eksklusif
Jadi, pelanggan dari Bandar Sunway ini amat berpuas hati dengan hasil sulaman kerawang yang telah direka oleh butik sulam goyang kami kerana segala permintaannya pada busana pengantin ini, telah dipenuhi dengan jayanya.
Jadi, jika anda inginkan hasil sulam yang eksklusif mengikut kehendak anda, jangan lupa untuk menempah bersama kami hari ini.
Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.