KURUNG KEDAH MODEN SONGKET
DENGAN SULAM GOYANG KERAWANG MOTIF BUNGA TAMPUK MANGGIS
Tempahan Sulam Goyang Daripada Pulau Pinang.
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung kedah moden. Sulaman goyang kerawang ini ditempah oleh pelanggan dari Pulau Pinang.
Penempah ini inginkan sulaman goyang kerawang yang cantik di bahagian tangan baju, bahagian hujung baju dan juga di bahagian kain. Ini disebabkan, baju kurung kedah moden ini akan dipakai pada majlis pertunangannya nanti yang bertemakan klasik tradisional.
MOTIF SULAM BUNGA TAMPUK
MANGGIS
Rekaan Sulam Goyang Baju Kurung Kedah Moden
Apa yang uniknya di sini, songket bunga tampuk manggis ini ditempah secara custom made oleh pelanggan sendiri dari penenun songket Terengganu. Sebab itulah, penemapah ini mahukan sulaman goyang yang cantik dan eksklusif jika dipadankan dengan nilai songket yang ditempah khas untuk majlis pertunangannya ini.Â
Oleh kerana motif pada songket tersebut adalah motif tampuk manggis, maka untuk motif sulam goyang juga menggunakan motif yang sama iaitu motif bunga tampuk manggis.
REKAAN MEMBENTUK PUCUK REBUNG
Asas Rekaan Sulam Goyang
Dari segi ketebalan sulaman goyangnya pula, di bahagian tangan baju dihasilkan sulam goyang setinggi 4.5 inci secara membukit. Ini kerana ketebalan 4.5 inci ini adalah ketebalan yang ideal untuk menampakkan design sulam goyang kerawang di bahagian tangan kelihatan penuh.
Malah, bentuk pucuk rebung secara membukit yang menjadi asas design kami telah menjadikan tangan pemakainya lebih tirus.
Selain itu, di bahagian hadapan baju pula dihasilkan dengan bentuk yang sama (pucuk rebung) untuk motif sulam goyang kerawang bagi menampakkan kemewahan hasil rekaan sulaman goyang kerawang bnunga tampuk manggis ini. Ia dihasilkan secara membukit dari sisi baju kurung kedah moden ini hingga ke puncak bahagian tengah baju. Sulam pada puncak bahagian tengah baju kurung kedah moden ini adalah setinggi 7.5 inci. Dengan ini, hasil rekaan sulam goyang kerawang motif bunga tampuk manggis ini akan nampak lebih penuh di bahagian hadapan baju.
SULUR PAKU PAKIS
Pemilihan Sulur Sebagai Penyambungan Motif Bunga Secara Berkelompok
Pada kali ini, sulur yang digunakan untuk kesinambungan motif sulam goyang adalah sulur paku pakis. Ia dihasilkan untuk penyambungan motif bunga tampuk manggis ini yang dihasilkan secara berkelompok.Â
Begitu juga dengan dedaun yang dilukis agar nampak seimbang pada keseluruhan design sulam goyang kali ini.
KERAWANG BUIH BESAR DAN KECIL
Pemilihan Kerawang Tradisi
Corak kerawang pada kali ini pula ialah gabungan kerawang buih bersaiz besar dan juga kecil. Ia dihasilkan di celahan motif sulaman goyang bunga tampuk manggis ini. Kerawang buih ini dihasilkan bagi menampakkan nilai klasik pada hasil sulaman kerawang. Motif kerawang buih merupakan kerawang salah satu motif tradisional.Â
Cuma, ia dimodenkan ataupun diberi nafas baru dengan melakukan penggabungan saiz kerawang yang berbeza pada keselurhan sulaman, agar ia nampak lebih segar dan kontemporari.
WARNA BENANG GOLD BIASA & BERKILAT
Penggunaan Benang Sulam
Dari segi pemilihan warna benang sulamnya pula, pihak pelanggan inginkan tema gold. Jadi, benang gold dilihat sebagai dominan dalam keseluruhan hasil sulaman pada kali ini. Benang gold pula digunakan dalam 2 jenis iaitu benang sulam dan juga benang gold berkilat. Tujuannya hanya satu, untuk menjadikan hasil sulaman goyang kali ini lebih segar, menarik dan nampak mewah. Walau bagaimanapun, warna fabrik juga digunakan agar ia nampak lebih harmoni antara satu sama lain.
Jadi, hasil sulaman bunga tampuk manggis ini telah berjaya menjadikan baju kurung kedah moden ini lebih mewah. Ia sesuai kerana dipakai untuk majlis-majlis besar seperti majlis pertunangan pelanggan dari Pulau Pinang ini. Selamat bertunang!
Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.