Servis Kami

Kami Menyediakan servis dan perkhidmatan rekaan sulam goyang kerawang & juga rekaan aneka fesyen busana.

Lakukan tempahan anda bersama kami hari ini!

Khidmat Rekaan Sulam

Kami menyediakan khidmat tempahan sulaman goyang untuk aneka busana dan fabrik. Samada untuk majlis keramaian mahupun majlis perkahwinan. Setiap design sulaman goyang kami adalah eksklusif untuk satu-satu tempahan.

Kami menyediakan khidmat tempahan sulam goyang kerawang untuk peminat sulam baba nyonya. Setiap hasil design dan rekaan sulam goyang kerawang kami unik dan berkualiti serta eksklusif untuk seorang penempah sahaja.

Setiap design sulam goyang boleh dicustomize mengikut motif pilihan penempah. Penempah boleh mencadangkan motif sulam yang diingini dan pihak kami akan menterjemahkannya dalam rekaan sulam anda.

Kami menyediakan aneka motif sulam meliputi flora, fauna dan abstrak. Setiap motif sulam akan dilakar dan ditunjukkan kepada penempah. Proses menyulam bermula selepas menerima persetujuan design daripada penempah.

Setiap design atau corak sulaman kami adalah unik untuk satu busana sahaja. Biarpun motif sulamnya sama, namun designnya tetap berbeza untuk busana lain.

Anda boleh menempah menyulam bersama kami untuk apa jua jenis fesyen busana anda. Antara fesyen busana yang sedia disulam kami adalah kebaya nyonya, kebaya tradisi, aneka kurung mahupun dress.

Kami boleh menyulam goyang kerawang untuk apa jua fabrik yang anda miliki dari songket hingga ke fabrik kasa. Asalkan fabrik tersebut tidak memeri atau pecah.

Kami menyediakan khidmat menyulam busana pengantin anda. Samada busana untuk majlis nikah atau sanding, anda boleh menyulamkannya bersama kami.

Tempahan Jahit Sulam Kerawang Busana Pengantin 163

Khidmat Rekaan Fesyen Busana

Kami menyediakan khidmat tempahan rekaan aneka fesyen busana.

Kami juga sedia menjahit busana anda yang ingin disulam. Anda boleh memberikan saiz ukuran badan terkini anda atau lakukan temujanji mengukur badan anda secara video live bersama kami.

Menawarkan perkhidmatan butik yang menampilkan rekaan pakaian eksklusif dan moden sesuai untuk pelbagai majlis. Setiap busana direka dengan teliti bagi menyerlahkan keanggunan dan keunikan gaya peribadi pelanggan.

Kami enyediakan rekaan dan jahitan eksklusif yang menampilkan keanggunan serta kehalusan seni jahitan. Setiap busana pengantin direka mengikut citarasa pelanggan untuk mencipta penampilan yang memukau di hari bahagia.

Baju Pengantin Kurung Kedah Sulam Lace Corak Daisy