Kebaya Nyonya Melaka Sulam Goyang Kerawang Bunga Bakawali
Tempahan Sulam Goyang Daripada Klang, Selangor

My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.

Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.

Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.

Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2

Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.

Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.

Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.

Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
Pada kali ini, sulaman goyang kerawang dihasilkan pada baju kebaya Nyonya Melaka milik Puan Tina dari Klang, Selangor. Motif bunga bakawali ini diambil sebagai motif sulam sebagaimana motif yang ada pada sarong kebaya nyonya Melaka ini.
Kebaya Nyonya Melaka sulam goyang kerawang motif bunga Bakawali bukan sekadar pakaian tradisional, tetapi karya seni yang menggambarkan keindahan warisan Melayu dan Peranakan dalam satu busana eksklusif. Dengan sentuhan kerawang yang rumit dan sulaman tangan yang teliti, rekaan ini menyerlahkan keanggunan moden tanpa mengabaikan nilai tradisi.
MOTIF SULAM BUNGA BAKAWALI
Rekaan Sulam Goyang Kebaya Nyonya Melaka
Setiap motif samada motif utama ataupun motif sekunder pada kain sarong ini, diletakkan dan digabung jalinkan menjadi motif keseluruhan baju kebaya nyonya ini.
Sulam goyang kerawang dapat dilihat dihasilkan dengan jelas di bahagian tangan, bahagian hadapan baju, bahagian belakang baju serta di lidah baju kebaya nyonya sepenuhnya.
MOTIF KERAWANG CAKAR AYAM
Penggunaan Motif Kerawang Tradisi
Motif tebuk kerawang kali ini adalah kerawang cakar ayam yang dilihat berkais-kais dalam pelbagai saiz.
Namun, kerawang cakar ayam ini merupakan salah satu motif kerawang tradisi yang diminati sejak dahulu lagi.
CORAK SULAM GOYANG TAMPAK NATURAL
Hasil Kreativiti Untuk Kebaya Nyonya Melaka
Jelas di sini, motif sulam goyang bunga bakawali ini dapat dilihat mekar di kedua-dua bucu hadapan baju, di bahagian tangan dan juga di bahagian belakang baju kebaya nyonya ini. Malah ia dihasilkan juga dalam pandangan sisi seperti sisi serong ataupun sisi atas bunga bakawali tersebut.
Inilah yang menjadikan corak sulaman goyang kerawang ini nampak natural dengan pelbagai sisi dan saiz bentuk motif bunga sulam bakawali ini.
DESIGN SULAM GOYANG AYAK MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN
Rekaan Sulaman Memenuhi Kehendak Pelanggan
Rekaan Kebaya Nyonya Melaka sulam goyang kerawang motif bunga Bakawali ini menonjolkan keanggunan warisan budaya Peranakan yang sarat dengan nilai seni dan kehalusan tangan tukang jahit tempatan. Direka khas untuk memenuhi kehendak penempah dari Klang, Selangor, setiap helaian kain dihiasi dengan sulam goyang dan kerawang halus yang menampilkan keindahan motif bunga Bakawali — simbol kemewahan, kelembutan, dan keanggunan wanita.
Gabungan warna lembut dengan jahitan yang rapi menjadikan kebaya ini pilihan ideal untuk majlis rasmi, perkahwinan, dan acara kebudayaan yang berprestij.
Direka untuk wanita Klang yang berjiwa elegan dan menghargai seni klasik, kebaya ini melambangkan kehalusan citarasa serta keunikan budaya yang terus dipertahankan dalam dunia fesyen masa kini.
























