Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam Goyang Motif Bunga Raya

Tempahan Sulam Goyang Dari Melaka

Pada kali ini, tempahan sulaman dibuat oleh pelanggan dari Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia dihasilkan pada kurung Pahang dari fabrik soft satin silk. Katanya untuk majlis perkahwinannya nanti.

MOTIF SULAM BUNGA RAYA

Rekaan Sulam Baju Pengantin Kurung Pahang

Kali ini, motif sulaman yang dihasilkan agak unik sedikit kerana butik sulam kami memilih untuk menghasilkan motif bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Ia amat jarang dihasilkan dalam mana-mana karya saya sebelumnya. Bunga raya, walaupun ia nampak mudah tetapi agak sukat untuk dihasilkan dek kerana lenggok bunga ini statik. Walau bagaimanapun, cabaran ini yang memberi pengalaman dalam penghasilan rekaan sulam goyang kerawang kali ini.

Oleh sebab rekaan sulam goyang ini dihasilkan untuk majlis perkahwinan, maka ketebalan sulam yang dihasilkan adalah 4.5 inci di bahagian tangan dan juga 8.5 inci di bahagian hadapan baju kurung Pahang ini. Dengan ini, ia akan nampak mewah dan tebal. Jadi, sesuailah sulaman ini digayakan pada majlis perkahwinan pelanggan ini nanti.

Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam
Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam
Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam
Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam
Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam

PENGGUNAAN WARNA KONTRA PADA HASIL SULAMAN

Penggunaan Warna Kontra Dalam Rekaan

Bunga raya adalah sejenis bunga yang tidak mempunyai sulur yang meliang-liku seperti sulur paku-pakis ataupun sulur kekacang. Akan tetapi ranting-ranting bunga raya ini dihadirkan bagi menggantikan sulur-sulur yang menjadi penyambung atau sempadan motif sulaman goyang kali ini. Justeru, ranting-ranting yang diselitkan dengan dedaun yang bergerigi Berjaya mencantikkan lagi rekaan sulaman goyang kerawang untuk baju pengantin ini.

Oleh sebab motifnya yang unik, ia disajikan dengan kerawang berbentuk daun. Dengan gabungan ini secara keseluruhannya, ia akan nampak lain daripada yang lain. Namun, penghasilan kerawang daun ini memakan masa sedikit kerana penghasilannya agak cerewet berbanding kerrawang-kerawang tradisi seperti buih, cakar ayam dan sarang tebuan. Walaupun begitu, cabaran demi cabaran Berjaya dilalui dalam menghasilkan rekaan sulam goyang kerawang yang bermotif bunga raya pada kali ini.

Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam
Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam
Baju Pengantin Kurung Pahang Sulam

PENGGUNAAN WARNA EMAS PADA HASIL SULAMAN

Warna Benang Emas Dalam Rekaan

Dalam pemilihan warna benang sulam, ia lebih mudah sedikit kerana pelanggan ini inginkan rekaan sulam goyang yang bertemakan warna emas. Jadi, bagi memenuhi permintaannya, warna yang dihasilkan adalah warna emas dan juga warna yang senada dengannya.

Teknik sulaman goyang yang digunakan pula, lebih tertumpu kepada Teknik bukaan zig zag. Ia dihasilkan agar rekaan sulaman goyang kerawang bunga raya ini nampak lebih timbul. Terutamanya sekali dalam penghasilan sesungut pada bunga raya yang menjadikan ia lebih natural sepertimana bunga raya sebenar.

Jadi, pihak pelanggan bertuah kerana dapat menggayakan rekaan sulaman yang unik dengan hasil sulaman kerawang motif bunga raya pada kali ini.

DESIGN SULAM GOYANG AYAK MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN

Rekaan Sulaman Memenuhi Kehendak Pelanggan

Rekaan sulam goyang ayak baju pengantin Kurung Pahang ini menampilkan kehalusan seni tradisional dengan sentuhan moden yang memukau. Setiap jahitan halus dan sulam goyang kerawang motif bunga raya direka khas untuk memenuhi citarasa eksklusif pelanggan dari Melaka yang menghargai keunikan warisan budaya tempatan.

Baju pengantin ini bukan sahaja menonjolkan keindahan motif bunga raya sebagai lambang keanggunan dan kecantikan wanita Melayu, malah setiap corak dan warna dipilih dengan teliti agar sesuai untuk majlis perkahwinan yang penuh bermakna.

Dengan gabungan sulam goyang ayak tradisional dan reka bentuk moden Kurung Pahang, busana ini menyerlahkan keanggunan si pemakai sambil mengekalkan nilai klasik yang abadi. Hasil tangan yang halus, penggunaan benang emas dan perincian kerawang yang rumit menjadikan baju pengantin ini pilihan utama pengantin dari Melaka yang ingin tampil eksklusif dan menawan.

Rekaan ini bukan sekadar pakaian, tetapi lambang cinta terhadap seni warisan Melayu yang dipertingkatkan untuk memenuhi kehendak pelanggan masa kini.Dengan Teknik yang betul, sulaman pada kali ini nampak lebih timbul pada fabrik ini. Selain itu, jelas kelihatan juga Teknik sulam timbul digunakan pada biku baju yang dihasilkan dengan teknik lompatan berjaya mencantikkan lagi design busana ini.