Tempahan Sulam Kebaya Nyonya Burung Merak

Tempahan Sulam Goyang Dari Sibu, Sarawak

Pada kali ini sulaman goyang kerawang motif bunga merak dihasilkan khas untuk pelanggan dari Sibu, Sarawak. Motif merak ini merupakan motif yang diminta oleh penempah ini sendiri.

Jadi, pihak kami memberikan kreativiti terbaik untuk menghasilkan sulaman goyang kerawang motif burung merak ini sebagaimana permintaan penempah.

MOTIF SULAM BURUNG MERAK

Rekaan Sulam Kebaya Nyonya

Kebaya nyonya ini dipadankan dengan sarung yang dijahit sepertimana budaya masyarakat baba nyonya. Hal ini kerana bahagian kepala kain diletakkan pada bahagian hadapan sarung.

Jika dilihat dengan sekali imbas, jelas di sini sulaman motif burung merak direka penuh di bahagian hadapan baju, manakala di bahagian tangan dan bahagian belakang baju dihasilkan separuh sahaja. Hal ini disebabkan ruang yang disediakan kecil berbanding dengan bahagian hadapan baju kebaya nyonya ini.

Kebaya Nyonya Sulam Goyang Merak
Kebaya Nyonya Sulam Goyang Merak
Kebaya Nyonya Sulam Goyang Merak
Kebaya Nyonya Sulam Goyang Merak
Kebaya Nyonya Sulam Goyang Merak

KETEBALAN MOTIF SULAM GOYANG

Rekaan Menarik Kebaya Nyonya

Dari segi ketebalan sulam goyang di bahagian tangan dan bahagian belakang baju kebaya ini, sulamnya dihasilkan setinggi 4 inci sahaja. Manakala di bahagian hadapan baju dihasilkan sulaman goyang setinggi 12 inci.

Ini yang menjadikan sulaman kerawang motif burung merak ini nampak menyerlah dan cantik di mata sesiapa sahaja yang melihatnya.

Kebaya Nyonya Sulam Goyang Merak
Kebaya Nyonya Sulam Goyang Merak
Kebaya Nyonya Sulam Goyang Merak

MOTIF KERAWANG BUIH

Corak Kerawang Kebaya Nyonya

Selain itu, kerawang yang digunakan dalam hasil sulaman ini ialah kerawang buih besar dan kecil. 

Ia merupakan kerawang tradisi yang digemari oleh peminat-peminat sulam goyang kerawang kebaya nyonya.

PENGGUNAAN WARNA LEMBUT

Pemilihan Warna Benang Sulam

Dari segi warna sulaman goyang motif burung merak ini pula, kami gunakan warna-warna yang lembut yang menjadikan hasil sulaman ini nampak lebih cantik dan timbul ekoran warna latar baju ini adalah gelap iaitu warna maroon.

Malah, warna burung merak sendiri dihasillkan sepertimana seekor merak hidup yang sebenar. Sebab itulah ia nampak cantik terutamanya di bahagian ekor merak yang kami sulamkan.

Jadi, keunikan kebaya nyonya yang bermotifkan fauna amat diminiti oleh para pencinta sulaman goyang baba nyonya. Motif merak merupakan motif yang terkenal yang menawan hati para peminat kebaya nyonya.