Tempahan Sulam Goyang Kerawang Bunga Ros Pada Baju Kurung Moden

Tempahan Sulam Goyang Daripada Segamat, Johor

Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung moden. Ya, walaupun ia nampak seperti baju kebaya kerana zipnya di bahagian belakang yang sinonim dengan baju kurung moden princess cut (potongan princess). Namun, potongan kurung moden yang kelihatan seperti kebaya moden ini banyak menambat hati para pelanggan butik sulam kami yang inginkan hasil rekaan nampak elegan dan klasik.

SULAM TEMA KEEMASAN

Rekaan Sulam Baju Kurung Moden

Atas pilihan pelanggan butik kami, beliau inginkan tema keemasan untuk keseluruhan corak sulaman goyang dan kerawangnya. Ini menjadikan hasil sulaman goyang pada kali ini semuanya berwarna keemasan. Namun, jika hanya warna emas sahaja yang digunakan, hasil sulam goyangnya tidak akan nampak timbul ataupun natural.

Jadi, kombinasi warna harmoni turut digunakan agar tema keemasan ini menjadi sangat cantik pada busana pelanggan.

Tempahan Kurung Moden Bersulam Goyang Motif Bunga Ros
Tempahan Kurung Moden Bersulam Goyang Motif Bunga Ros
Tempahan Kurung Moden Bersulam Goyang Motif Bunga Ros
Tempahan Kurung Moden Bersulam Goyang Motif Bunga Ros
Tempahan Kurung Moden Bersulam Goyang Motif Bunga Ros

MOTIF BUNGA ROS DENGAN KERAWANG CAKAR AYAM

Motif Rekaan Sulam Goyang

Berkaitan dengan motif sulaman goyangnya pula, motif bunga ros menjadi pilihan pelanggan. Keunikan dan kecantikan bentuk ros ini berjaya menarik perhatian pelanggan agar dapat direalisasikan kepada busananya.

Malah, ia turut nampak klasik kerana kerawang cakar ayam ini menjadikan design motif bunga ros sulam goyang ini lebih menarik serta mekar segar.

Tempahan Kurung Moden Bersulam Goyang Motif Bunga Ros
Tempahan Kurung Moden Bersulam Goyang Motif Bunga Ros
Tempahan Kurung Moden Bersulam Goyang Motif Bunga Ros

ANGGUN DIPADANKAN PADA BAJU POTONGAN PRINCESS

Kombinasi Sulaman Dengan Potongan Baju

Kombinasi sulaman dengan baju potongan cutting princess yang menampakkan seperti baju kebaya moden ini menjadikan baju kurung moden ini lain daripada yang lain.

Jadi sulaman goyang motif ros dan juga kerawang cakar ayam ini amat cantik dipadankan pada baju kurung moden princess cut yang menjadikan ia tampak klasik sepertimana kebaya moden.

DESIGN SULAM GOYANG AYAK MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN

Rekaan Sulaman Memenuhi Kehendak Pelanggan

Jadi, sulaman kerawang motif bunga ini berjaya menambat hati pelanggan dari Segamat, Johor yang sangat berpuashati dengan hasilnya.

Dengan Teknik yang betul, sulaman pada kali ini nampak lebih timbul pada fabrik ini. Selain itu, jelas kelihatan juga Teknik sulam yang digunakan berjaya mencantikkan lagi design busana ini.