Kurung Pahang Sulam Goyang Motif Bunga Kemboja Kerawang Pagar

Tempahan Sulam Goyang Daripada Singapura

Motif kemboja ini amat jarang dihasilkan bunganya kerana lakarannya yang ringkas. Sedangkan sulaman-sulaman terdahulu kami, dihasilkan dengan motif bunga yang pelbagai bentuk kelopaknya yang lebih kompleks.

Namun, pada kali ini, motif bunga kemboja ini diketengahkan. Ini berikutan motif kemboja ini merupakan motif yang ada pada latar belakang fabrik busana yang diberikan oleh pelanggan.

Justeru itu, untuk mengharmonikan latar belakang fabrik dan juga motif sulaman kerawang ini, maka kami gunakan motif sedia ada pada fabrik kurung Pahang ini, iaitu bunga kemboja agar ia tidak canggung.

SULAM GOYANG AYAK DENGAN SAIZ KETEBALAN 10 INCI

Tempahan Sulam Goyang Ayak

Sulaman goyang kerawang pada kali ini dihasilkan pada baju kurung Pahang ataupun baju kurung riau yang menjadi kesukaan ramai pelanggan. Mungkin kerana sulaman goyang kerawang ini sinonim dengan tradisional.

Maka baju yang menjadi pilihan pelanggan yang ingin disulam, kebiasaannya kurung Pahang. Pada kali ini, sulaman goyang motif bunga kemboja dihasilkan setinggi 10 inci untuk memenuhi permintaan pelanggan dari Singapura.

Kurung Pahang Sulam Motif Bunga Kemboja
Kurung Pahang Sulam Motif Bunga Kemboja
Kurung Pahang Sulam Motif Bunga Kemboja
Kurung Pahang Sulam Motif Bunga Kemboja
Kurung Pahang Sulam Motif Bunga Kemboja

REKAAN SULAM CANTIK MENGHIASI HUJUNG LENGAN DAN KELILING BAJU

Rekaan Sulam Di Lengan dan Keliling Baju

Ketebalan 10 inci ini dihasilkan pada hujung lengan baju serta pada keliling bawah baju kurung Pahang ini. Manakala di bahagian hujung lengannya pula, sulam dihasilkan secara membukit dengan membentuk seperti pucuk rebung agar hasil pada tangan tersebut lebih runcing.

Manakala di bahagian bawah baju sulaman kerawang motif kemboja ini dihasilkan sulamnya secara mendatar bagi menampakkan kemewahan ketebalan sulaman kerawang dengan ketebalan 10 inci tersebut.

Kurung Pahang Sulam Motif Bunga Kemboja
Kurung Pahang Sulam Motif Bunga Kemboja
Kurung Pahang Sulam Motif Bunga Kemboja

PENGGUNAAN WARNA SENADA PADA HASIL SULAMAN

Penggunaan Warna Senada

Dari segi warna sulamnya pula, sulaman goyang kerawang pada kali ini menggunakan warna-warna yang senada dengan latar belakang baju kurung Pahang ini.

Hal ini membuatkan hasil keseluruhan sulaman goyang kerawang ini nampak manis dan sesuai dipakai dalam apa jua majlis samada majlis formal, semi formal mahupun majlis-majlis tidak formal. Ini kerana warna yang senada ini menjadikan ia berada di kelasnya yang tersendiri.

Oleh kerana sifat semulajadi bunga kemboja adalah bunga yang ringkas, jadi saya tidak menggabungkan ia dengan sulur yang meliang-liuk agar ia nampak lebih natural. Di sini dapat dilihat bahawa hanya dahan-dahan tegak sahaja yang digunakan untuk menghubungkan kelompok-kelompok atau jambangan bunga kemboja ini.

Sebab itulah jika diperhatikan sulaman kerawang motif bunga kemboja ini nampak berkelong setebal 10 inci.

DESIGN SULAM GOYANG AYAK MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN

Rekaan Sulaman Memenuhi Kehendak Pelanggan

Jadi, sulaman kerawang motif bunga kemboja ini berjaya menambat hati pelanggan dari Singapura yang sangat berpuashati dengan hasilnya. Ia sesuai dengan citarasanya yang merupakan seorang yang simple dan elegan.

Dengan Teknik yang betul, sulaman pada kali ini nampak lebih timbul pada fabrik ini. Selain itu, jelas kelihatan juga Teknik sulam timbul digunakan pada biku baju yang dihasilkan dengan teknik lompatan berjaya mencantikkan lagi design busana ini.