Kebaya Nyonya Sulam Goyang Motif Merak Kayangan dgn Kerawang Buih
Tempahan Sulam Kebaya Nyonya

Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.

Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2

Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.

My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.

Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.

Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.

Thank you for such a lovely embroidery kebaya.

Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
Kebaya nyonya amat sinonim dengan mereka yang berketurunan baba nyonya. Ia terkenal terutamanya di Melaka, Penang dan Singapura. Kebaya nyonya ini mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Ciri yang nyata pada sulam baba nyonya ini dapat dilihat pada kebanyakan motifnya yang mengandungi campuran motif fauna dan flora dalam satu-satu rekaan.
Warna yang digunakan pula adalah berwarna warni. Jika sulaman kerawang yang dihasilkan oleh masyarakat lain, biasanya warna yang akan digunakan adalah dari 1 hingga 3 jenis warna benang sulam sahaja sebagai tona untuk mencantikkan sulaman tersebut supaya lebih menarik.
Namun, sulaman yang dihasilkan berkonsepkan sulam baba nyonya ini biasanya dibuat sepertimana sebuah lukisan, yang dipotret dengan warna-warna yang pelbagai. Itulah yang menjadikan ciri-ciri keunikana sulaman baba nyonya ini.
SULAM GOYANG BABA NYONYA PADA KAIN KASA
Sulam Pada Fabrik Kasa
Pada kali ini, sulam goyang yang dihasilkan pada kebaya kain kasa / voile yang ditempah khas daripada pelanggan yang jauh dari United Kingdom. Beliau sememangnya meminati seni sulaman goyang kerawang terutamanya sulaman baba nyonya.
Jika kebiasaannya, kebaya baba nyonya ini dipadankan dengan kain batik sarung, namun, penempah ini mengatakan beliau akan menggayakan kebaya berkonsepkan baba nyonya ini dengan sepasang seluar.Sulaman goyang kerawang pada kali ini dihasilkan pada baju kurung Pahang ataupun baju kurung riau yang menjadi kesukaan ramai pelanggan. Mungkin kerana sulaman goyang kerawang ini sinonim dengan tradisional.
Ia dipakai sebagai cardigan yang boleh diperagakan dalam majlis formal mahupun majlis-majlis santai. Sebab itulah sulaman goyang kerawang pada kali ini dibuat dengan motif sulaman merak kayangan yang sesuai ditempah jauh oleh pelanggan ini.
MOTIF SULAM DIHASILKAN TEBAL DAN MEWAH
Rekaan Sulam Tebal
Jika dilihat pada keseluruhan sulaman kebaya nyonya ini dihasilkan sedikit tebal agar ia nampak mewah serta dapat menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Di bahagian hadapan baju iaitu di bahagian lidah baju kebaya ini dihasilkan sulaman kerawang setebal 2 inci. Manakala di bahagian tangan baju pula dihasilkan setebal 6 inci.
Bentuk sulaman di bahagian tangan ini adalah membentuk pucuk rebung ataupun bentuk membukit. Dengan ini, walaupun sulaman kerawang penuh di bahagian tangan, tetapi ia boleh menampakkan tangan pemakai itu runcing dengan hiasan sulaman kerawang yang mewah.
Di bahagian belakang baju turut dihasilkan sulaman kerawang yang membukit dengan ketebalannya yang sederhana iaitu dalam saiz 3 inci. Ya, keutamaan sulaman kerawang kali ini dapat dilihat dengan sulaman kerawang di bahagian hadapan baju kebaya nyonya ini. Ia dibuat setinggi 15 inci dengan kedudukan serong di bahagian sudut tepi.
Hasilnya, kita dapat lihat corak sulam goyang kerawang ini dari jarak yang jauh dek ruang yang disulam tersebut adalah besar dan tebal. Apatah lagi jelas ditonjolkan motif burung merak dengan bunga bakawali yang disukai ramai dalam penghasilan motif sulaman baba nyonya.
REKAAN MOTIF MERAK KAYANGAN DAN BUNGA BAKAWALI
Motif Fauna dan Flora
Bukan itu sahaja, rekaan bentuk motif bakawali ini diubah suai sedikit berlengkuk-lengkuk agar ia serasi dengan temanya iaiatu motif merak kayangan. Inilah yang menjadi titik tolak kelainan sulaman goyang kali ini dengan hasil sulam kerawang kami sebelum ini.
Jika dilihat dengan teliti, kerawang yang digunakan pada kali ini adalah kerawang buih besar dan kecil. Malah, dapat dilihat dengan jelas bagaimana buih-buih kecil ini mengelilingi buih yang bersaiz besar. Inilah yang menjadikan hasil sulaman ini nampak lebih menarik ekoran susunan buih-buih kerawang ini nampak tersusun cantik di celahan motif sulam merak kayangan ini.
TEKNIK SULAM GOYANG YANG DIGUNAKAN
Teknik Sulam Goyang Ayak
Oleh kerana motif merak kayangan ditonjolkan, lengkuk-lengkuk sulur hanya nampak seperti awan larat yang mengelilingi merak kayangan tersebut. Ia ditambah seri dengan penggunaan warna benang yang sedikit kontra untuk menaikkan seri design sulaman goyang kerawang pada baju kebaya nyonya ini.
Pemilihan warna turquoise ditonjolkan sepertimana warna ekor merak itu sendiri yang berwarna-warni. Inilah yang menjadikan hasil sulaman ini lebih menonjol dengan latar belakang fabrik kasa atau voile yang berwarna merah jambu ini.
Pemilihan warna turquoise ditonjolkan sepertimana warna ekor merak itu sendiri yang berwarna-warni. Inilah yang menjadikan hasil sulaman ini lebih menonjol dengan latar belakang fabrik kasa atau voile yang berwarna merah jambu ini.
Jadi, sulaman goyang kerawang motif merak kayangan dengan konsep baba nyonya ini dihasilkan secara custom made untuk penempah kami dari jauh di United Kingdom. Hasil sulaman yang sebegini dianggap unik yang boleh mengetengahkan lagi satu-satu budaya masyarakat baba nyonya di mata dunia.
Dengan adanya perkembangan teknologi dan keunikan sendiri, maka tidak mustahil jika sesuatu produk itu berjaya melepasi sempadan negara kerana identiti dan keunikannya.







































