Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung moden. Ya, walaupun ia nampak seperti baju kebaya kerana zipnya di bahagian belakang yang sinonim dengan baju kurung moden princess cut (potongan princess). Namun, potongan kurung moden yang kelihatan seperti kebaya moden ini banyak menambat hati para pelanggan butik sulam kami yang inginkan hasil rekaan nampak elegan dan klasik.

Atas pilihan pelanggan butik kami, beliau inginkan tema keemasan untuk keseluruhan corak sulaman goyang dan kerawangnya. Ini menjadikan hasil sulaman goyang pada kali ini semuanya berwarna keemasan. Namun, jika hanya warna emas sahaja yang digunakan, hasil sulam goyangnya tidak akan nampak timbul ataupun natural.

Jadi, kombinasi warna harmoni turut digunakan agar tema keemasan ini menjadi sangat cantik pada busana pelanggan.

Berkaitan dengan motif sulaman goyangnya pula, motif bunga ros menjadi pilihan pelanggan. Keunikan dan kecantikan bentuk ros ini berjaya menarik perhatian pelanggan agar dapat direalisasikan kepada busananya.

Malah, ia turut nampak klasik kerana kerawang cakar ayam ini menjadikan design motif bunga ros sulam goyang ini lebih menarik serta mekar segar.

Kombinasi sulaman dengan baju potongan cutting princess yang menampakkan seperti baju kebaya moden ini menjadikan baju kurung moden ini lain daripada yang lain.

Jadi sulaman goyang motif ros dan juga kerawang cakar ayam ini amat cantik dipadankan pada baju kurung moden princess cut yang menjadikan ia tampak klasik sepertimana kebaya moden.

Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.

Top
Hello!
Butik
Sulam Goyang.
Menyediakan khidmat menyulam goyak kerawang untuk aneka busana dan majlis.

GENERAL INQUIRIES
kerawangembroidery

SOCIAL MEDIA