Sulaman Kerawang Bunga Lily Untuk Baju Kurung Moden Leher Ceongsam Dengan Kerawang Pagar

Tempahan Sulam Goyang Dari Amerika

Sulaman kerawang kali ini dihasilkan pada baju kurung moden leher ceongsam yang ditempah oleh pelanggan dari USA. Ia sesuai dipakai dan nampak sopan kerana leher ceongsam tersebut.

Corak sulaman kerawang kali ini ialah motif bunga lily. Bunga lily kudup, mekar dalam pelbagai saiz digabungkan menjadi motif sulaman kerawang pada keseluruhannya.

MOTIF SULAM GOYANG DIHASILKAN SETINGGI 4 INCI

Rekaan Sulam Goyang Baju Kurung Moden

Daripada segi ketebalan sulam pula, ia dihasilkan dengan ketebalan yang sederhana iaitu 4 inci sahaja. Ia amat bersesuaian keran ia dipakai oleh golongan muda yang inginkan ciri-ciri minimalis dan tidak sarat. Oleh sebab bunga lily ini tidak mempunyai sulur yang meling-liuk, maka batang-batang lily dilukis agar ia dapat menjadi penyambung kepada keseluruhan sulaman kerawang motif bunga lily ini.

Malah, batang-batang tersebut dihiasi dengan daun bunga lily yang sedikit Panjang yang sesuai dengan pergerakan motif bunga lily ini. Dengan ini, kita dapat lihat bentuk motif bunga lily ini membukit.

Sulaman Kerawang Bunga Lily Untuk Baju Kurung Moden Leher Ceongsam Dengan Kerawang Pagar
Sulaman Kerawang Bunga Lily Untuk Baju Kurung Moden Leher Ceongsam Dengan Kerawang Pagar
Sulaman Kerawang Bunga Lily Untuk Baju Kurung Moden Leher Ceongsam Dengan Kerawang Pagar
Sulaman Kerawang Bunga Lily Untuk Baju Kurung Moden Leher Ceongsam Dengan Kerawang Pagar
Sulaman Kerawang Bunga Lily Untuk Baju Kurung Moden Leher Ceongsam Dengan Kerawang Pagar

PENGHASILAN KERAWANG PAGAR

Kerawang Pagar Tradisi Menjadi Pilihan

Walaupun bunga lily ini dikira bunga yang moden, ia lebih nampak elegan apabila dipadankan dengan kerawang motif tradisi iaitu kerawang pagar. Kerawang pagar ini dihasilkan di celah-celah motif bunga lily secara keseluruhan yang menyebabkan ia nampak cantik dan kemas.

Daripada segi pemilihan warna benang pada dasarnya adalah warna yang senada sahaja yang menjadi pilihan penempah. Ia amat bersesuaian dengan warna latar fabrik iaitu pastel. Namun begitu, saya hasilkan sedikit kelainan dengan menampilkan warna garang iaitu maroon agar ia nampak lebih segar dan berani. Ia sesuai dengan usia si pemakai yang masih lagi remaja. Sebab itulah ia nampak sedikit kelainan untuk memberi nafas baru dalam pemilihan warna sulaman pada kali ini.

Sulaman Kerawang Bunga Lily Untuk Baju Kurung Moden Leher Ceongsam Dengan Kerawang Pagar
Sulaman Kerawang Bunga Lily Untuk Baju Kurung Moden Leher Ceongsam Dengan Kerawang Pagar
Sulaman Kerawang Bunga Lily Untuk Baju Kurung Moden Leher Ceongsam Dengan Kerawang Pagar

PENGHASILAN MOTIF BUNGA SEBENAR

Hasil Karya Seni Sulaman Goyang

Daripada segi Teknik yang digunakan pula, saya menggunakan Teknik sulam goyang ayak dengan gabungan Teknik layangan dan Teknik satin agar setiap hasil sulaman ataupun bentuk sulaman mempunyai dimensinya tersendiri. Hal ini menyebabkan ia kelihatan sepertimana lukisan ataupun bentuk motif bunga lily yang sebenar.

Hal ini menyebabkan ia kelihatan sepertimana lukisan ataupun bentuk motif bunga lily yang sebenar. Jadi, kami amat gembira apabila pelanggan amat berpuas hati dengan hasil rekaan sulaman goyang kerawang kami.