Sulam Goyang Kerawang Kurung Kedah Moden Dengan Corak Bunga Ros dan Aptenia

Tempahan Sulam Goyang Untuk Pelanggan Egypt, Mesir.

Sulaman kerawang motif gabungan bunga ros dan bunga aptenia pada baju kurung Kedah moden dengan kerawang cakar ayam. Rekaan sulam goyang kerawang ini adalah hasil permintaan daripada pelanggan yang berada di Eqypt, Mesir.

SULAM GOYANG SETINGGI 4 INCI

Rekaan Sulam Goyang Baju Kurung Kedah Moden

Sulaman kerawang ini dihasilkan pada hujung tangan dan juga keliling bawah baju. Ia dihasilkan setinggi 4 inci. Namun, di bahagian tangan dan juga hadapan baju ini, dihasilkan sulamnya secara membukit iaitu membentuk seperti pucuk rebung.

Bentuk pucuk rebung di bahagain hujung tangan akan menjadikan tangan tersebut nampak lebih runcing dan kurus sesuai untuk hasil yang nampak elegan. Di bahagian hadapan baju pula, ia akan nampak penuh dan tinggi yang menjadikan ia nampak mewah.

Sulam Goyang Kerawang Kurung Kedah Moden Dengan Corak Bunga Ros dan Aptenia
Tempahan Jahit Sulam Kerawang Busana Pengantin 037
Tempahan Jahit Sulam Kerawang Busana Pengantin 043
Sulam Goyang Kerawang Kurung Kedah Moden Dengan Corak Bunga Ros dan Aptenia
Sulam Goyang Kerawang Kurung Kedah Moden Dengan Corak Bunga Ros dan Aptenia

PEMILIHAN MOTIF KERAWANG CAKAR AYAM

Motif Kerawang Pada Rekaan Baju

Sulur yang digunakan hanya meliuk sahaja sebagaimana bunga aptenia yang merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Jadi, ia dijadikan sebagai bunga sekunder yang menyokong motif keseluruhan sulaman pada design kali ini.

Corak kerawang pada kali ini adalah corak kerawang cakar ayam. Ia dipilih kerana ingin memasukkan elemen klasik dalam hasil sulaman kerawang ini. Hal ini disebabkan oleh sulaman goyang dihasilkan pada baju kurung Kedah moden. Jadi, ia nampak unik dan menyerlahkan lagi hasil sulaman kerawang ini.Manakala di bahagian bawah baju sulaman kerawang motif kemboja ini dihasilkan sulamnya secara mendatar bagi menampakkan kemewahan ketebalan sulaman kerawang dengan ketebalan 10 inci tersebut.

Sulam Goyang Kerawang Kurung Kedah Moden Dengan Corak Bunga Ros dan Aptenia
Sulam Goyang Kerawang Kurung Kedah Moden Dengan Corak Bunga Ros dan Aptenia
Sulam Goyang Kerawang Kurung Kedah Moden Dengan Corak Bunga Ros dan Aptenia

PEMILIHAN WARNA COLOURFUL

Penggunaan Warna Sulam Goyang

Dari segi pemilihan warna benang, pula, pihak pelanggan gemarkan design sulam yang mempunyai warna yang menyerlah dan colourful. Ini kerana latar belakang fabriknya iaitu warna merah bata akan menjadikan hasil sulaman nampak pudar dan outdated sekiranya pemiilhan warna dilakukan secara tidak tepat.

Justeru, warna-warna yang terang dan lembut digabungkan agar hasil sulaman motif bunga ros dan aptenia ini nampak cantik dan menyerlahkan identiti pelanggan.

PENGGUNAAN TEKNIK SULAM AYAK

Kaedah Menyulam Goyang Ayak Tradisional

Dari segi Teknik sulaman goyangnya pula, gabungan Teknik satin dan juga Teknik layangan telah digunakan agar hasil sulaman nampak lebih bertona. Ia menjadikan sulaman goyang ini nampak lebih hidup dan 3D dari segi warnanya. Sebab itulah, Teknik-teknik ini digunakan secara menyeluruh agar hasil sulaman goyang kerawang ini menepati citarasa pelanggan.

Alhamdulillah, kerana hasil sulaman goyang ini telah berjaya menambat hati pelanggan kami. Terima kasih kerana menempah sulam goyang kerawang bersama kami.