Mafla Bersulam Goyang Kerawang Dengan Corak Bunga Ros

Tempahan Sulam Mafla Daripada Penempah Sungai Petani, Kedah.

Pada kali ini, sulaman motif bunga ros ini menjadi pilihan untuk selempang ataupun mafla. Sulaman yang menghiasi mafla ini ialah permintaan pelanggan dari Sungai Petani, Kedah. Justeru, ia memang dihasilkan khas untuk pelanggan ini.

Corak sulaman goyang kerawang pada mafla ini ialah bunga ros yang menjadi motif yang sering diminta oleh pelanggan-pelanggan butik kerawang embroidery kami. Hal ini kerana motif bunga ros yang mempunyai banyak kelopak menjadikannya cantik dipandang oleh setiap mata yang melihatnya.

MOTIF SULAM ROS

Rekaan Sulam Mafla

Daripada segi ketebalan sulam pula, kali ini tidak dihasilkan dengan ketebalan tertentu seperti 2”, 3”, 4” dan sebagainya. Sebaliknya motif sulaman ini dihasilkan di hujung mafla dan juga di bahagian tengah mafla ini. Selebihnya hanya biku yang menyambung susunan jambangan motif bunga ros ini pada mafla.

Corak sulur pula dihasilkan seperti huruf “S” ataupun sulur alur sungai sahaja. Ia dibuat dalam menyambung jambangan-jambangan motif sulaman mafla ini sepanjang lebaran dan panjang mafla ini. Sebab itulah tiada sulur yang berbentuk kekacang ataupun paku pakis yang dihasilkan pada mafla ini.

Mafla Bersulam Goyang Kerawang Dengan Corak Bunga Ros
Mafla Bersulam Goyang Kerawang Dengan Corak Bunga Ros
Mafla Bersulam Goyang Kerawang Dengan Corak Bunga Ros
Mafla Bersulam Goyang Kerawang Dengan Corak Bunga Ros
Mafla Bersulam Goyang Kerawang Dengan Corak Bunga Ros

PENGGUNAAN WARNA KONTRA PADA HASIL SULAMAN

Penggunaan Warna Kontra Dalam Menyulam Mafla

Dalam pemilihan warna benang, ia dihasilkan warna yang kontra agar sulaman pada mafla ini kelihatan jelas dan cantik. Hal ini kerana, warna-warna sebegini akan menampakkan si pemakai lebih berani dan berketerampilan dalam menggayakan mafla bersulam ini. Walau bagaimanapun, hasilnya tetap harmoni dan cantik pada mata yang memandangnya.

Daripada segi teknik sulaman goyang kerawangnya pula, ia banyak menggunakan teknik sulam padu satin dengan bukaan zig zag. Malah, turut digunakan teknik layangan bagi mendapatkan tona warna berbeza dalam mewarnai kelopak-kelopak motif bunga ros ini. Begitu juga dengan dedaun-dedaun yang menyerikan bunga ros ini. Ia nampak timbul dek teknik sulam goyang kerawang satin dan sulam padu cincang yang digunakan dalam menghasilkan dedaun-dedaun ini.

Mafla Bersulam Goyang Kerawang Dengan Corak Bunga Ros
Mafla Bersulam Goyang Kerawang Dengan Corak Bunga Ros
Mafla Bersulam Goyang Kerawang Dengan Corak Bunga Ros

REKAAN SULAM PADA MAFLA

Unik dan Tersendiri

Jadi, nyata bahawa penggunaan teknik sulaman yang betul dalam menghasilkan motif-motif sulaman akan menjadikan sesuatu rekaan sulaman goyang kerawang lebih cantik dan menyerlah walaupun rekaan motif yang dihasilkannya simple.

Jadi, sulaman motif pada mafla bersulam ini sangat unik dan dihasilkan pada mafla yang jarang diminta oleh pihak pelanggan. Namun, dalam berkarya, ia perlu dihasilkan dalam pelbagai medium agar selaras dengan kehendak dan permintaan pelanggan.

DESIGN SULAM GOYANG UNTUK MAFLA MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN

Rekaan Sulaman Memenuhi Kehendak Pelanggan

Rekaan mafla bersulam goyang corak bunga Ros ini menampilkan keindahan seni sulaman tradisional yang diolah dengan sentuhan moden untuk memenuhi kehendak penempah dari Sungai Petani, Kedah.

Setiap helaian mafla dihasilkan dengan sulam goyang halus dan motif bunga Ros yang menawan, melambangkan kasih sayang, keanggunan, dan kelembutan wanita. Rekaannya yang elegan dan serba guna menjadikan mafla ini sesuai digayakan bersama busana kasual mahupun formal, memberikan sentuhan eksklusif kepada penampilan pemakai.

Mafla sulam goyang corak bunga Ros ini direka khas untuk pelanggan yang menghargai keindahan seni warisan Melayu dalam gaya moden yang praktikal. Hasil kerja tangan yang teliti dan penggunaan benang berkualiti tinggi menjadikan setiap helaian mafla tampak mewah serta tahan lama.

Dihasilkan mengikut citarasa pelanggan dari Sungai Petani, Kedah, rekaan ini bukan sahaja memenuhi kehendak fesyen semasa tetapi juga menjadi simbol kecantikan tradisi yang kekal relevan dan menawan di hati penggemar seni sulam tempatan.