Kurung Kedah Moden Bersulam Goyang Kerawang Motif Bunga Jasmine
Tempahan Sulam Goyang Dari Penempah Kuala Lumpur

Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.

Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.

Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.

Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.

Thank you for such a lovely embroidery kebaya.

Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.

Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2

My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Pada kali ini, sulaman goyang kerawang dihasilkan pada baju kurung kedah moden. Baju kurung kedah moden ini, diubah kembang dengan rekaan yang selesa untuk pelanggan. Ia sangat cantik dengan gaya ringkas tetapi menarik dipadankan dengan kain duyung.
MOTIF SULAM BUNGA JASMINE
Rekaan Sulam Baju Kurung Kedah Moden
Sulaman goyang motif bunga jasmine pula menjadikan pilihan untuk tempahan sulam goyang pada baju kurung kedah moden ini, agar hasilnya nampak lebih klasik.
Dari segi ketebalan sulaman goyang kerawang ini, ia memenuhi citarasa pelanggan yang mahukan ketebalan sulam di bahagian tangan dan labuh baju setinggi 5 inci. Manakala pada bahagian tangan pula, bentuk sulaman dihasilkan secara membukit agar tangan si pemakai lebih nampak runcing dan mewah dengan hasil sulaman motif bunga jasmine ini.
PENGGUNAAN WARNA PASTEL PADA HASIL SULAMAN
Penggunaan Warna Senada Dalam Rekaan
Namun, di bahagian bawah baju, ia dihasilkan secara mendatar agar ia nampak lebih kemas, dan tidak berserabut kerana baju kurung kedah ini pendek. Sebab itulah motif sulaman goyang pada bahagian labuh baju ini dihasilkan secara mendatar.
Atas permintaan pelanggan yang inginkan warna yang pastel dan natural, maka warna benang sulam yang senada telah digunakan agar hasil penataan warnanya nampak sederhana walaupun sulamannya mewah.
MOTIF KERAWANG CAKAR AYAM
Pilihan Motif Kerawang Klasik dan Mewah
Dari segi motif kerawangnya pula, bentuk motif kerawang cakar ayam telah menjadi pilihan. Ia bagi menampakkan lagi hasil sulaman kerawang ini lebih klasik. Ini kerana motif kerawang cakar ayam adalah salah satu motif kerawang tradisi yang diminati sehingga kini.
Justeru, dengan gabungan motif tradisi pada busana kurung kedah moden ini, ia dapat memberikan impak yang sangat lain dan unik untuk si pemakai. Sulam goyang kerawang ini dihasilkan seperti yang dihajati oleh penempah yang ingin mengenakan busana mewah tetapi masih lagi sederhana dalam penampilannya. Ia amat sesuai dengan karektor seorang yang ringkas, pemalu dan lemah lembut.
DESIGN SULAM GOYANG AYAK MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN
Rekaan Sulaman Memenuhi Kehendak Pelanggan
Rekaan sulam goyang kerawang Kurung Kedah moden motif bunga Jasmine ini menampilkan keanggunan klasik yang dipadukan dengan sentuhan moden bagi memenuhi kehendak penempah dari Kuala Lumpur. Setiap jahitan sulam goyang dihasilkan dengan penuh ketelitian, manakala kerawang cakar ayam yang menghiasi bahagian hujung baju menambah elemen eksklusif dan mewah pada busana ini.
Motif bunga Jasmine yang lembut dan harum menjadi simbol keayuan serta kesucian wanita, menjadikan rekaan ini pilihan sempurna untuk acara rasmi, majlis perkahwinan, dan majlis istimewa yang lain.
Kurung Kedah moden sulam goyang kerawang dengan motif bunga Jasmine dan kerawang cakar ayam ini direka khusus untuk pelanggan dari Kuala Lumpur yang menghargai keindahan seni jahitan tradisional dalam gaya kontemporari.
Gabungan teknik sulam goyang yang halus serta reka bentuk kerawang yang rumit menyerlahkan mutu kerja tangan tempatan yang berkualiti tinggi. Busana ini bukan sekadar pakaian, tetapi lambang keanggunan dan identiti wanita Melayu moden yang menghargai warisan budaya sambil tampil elegan dan berkeyakinan.







