SULAM GOYANG KERAWANG KURUNG
MODEN PENGANTIN MOTIF ORKID BERSAMA KERAWANG PAGAR
Tempahan Sulam Goyang Daripada Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
Pada kali ini, sulaman goyang kerawang dihasilkan pada baju kurung moden milik pelanggan dari Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada asalnya baju kurung moden ini telah dihiasi dengan border lace dan juga hotfix. Namun, pelanggan tidak berpuas hati dengan hasilnya dan meminta pihak kami menggantikan border lace dan hotfix tersebut dengan sulaman goyang kerawang.
Oleh yang demikian, pihak kami perlulah menghasilkan sulaman yang agak tebal bagi menutupi ruang yang mengandungi kesan-kesan gam hotfix dan juga bahagian jahitan border lace.
MOTIF SULAM BUNGA ORKID
Rekaan Sulam Baju Nikah Kurung Moden
Ya, pada kali ini, sulam goyang kerawang motif bunga orkid ini dihasilkan pada baju kurung moden. Ia ditempah oleh pelanggan dari Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Atas permnintaan pelanggan juga, beliau amat menyukai motif bunga orkid kerana katanya motif orkid ini juga turut menjadi motif viral dipakai sewaktu majlis perkahiwinan anak bekas pengacara Nona yang kini merupakan seorang VVIP. Sebab itulah beliau inginkan motif bunga orkid sebagai motif sulaman goyang kerawang baju kurung moden ini.
PENGHASILAN REKAAN SULAM TEBAL
Bagi Menutupi Kesan Hotfix dan Lace.
Oleh kerana kami perlu menutupi kesan-kesan hotfix dan juga kesan jahitan border lace, sulaman goyang kerawang kali ini perlu dihasilkan setinggi 6 inci dan ke atas. Pada bahagian tangan baju ini dihasilkan sulaman goyang kerawang setinggi 8 inci, di bahagian belakangnya pula dihasilkan sulam goyang kerawang setinggi 6.5 inci.
Manakala di bahagian hadapan baju pula, dihasilkan sulam goyang kerawang setinggi 12 inci. Hal ini bertujuan menjadikan baju kurung moden ini berwajah baru setelah sulaman goyang kerawang siap sepenuhnya.
REKAAN KERAWANG PAGAR
Untuk Memenuhi Permintaan Pelanggan
Untuk motif kali ini, tiada sulur yang meliang-liuk digunakan kerana ia mengambil ilham daripada bunga orkid sebenar yang tidak mempunyai ranting ataupun sulur yang meliang-liuk dan lembut. Sebab itulah reranting yang disertai dengan kudup orkid sahaja yang menjadi penyambung antara satu kuntum bunga orkid dengan kuntuman bunga orkid yang lain pada keselurahan sulaman goyang kerawang pada kali ini.
Jika dlihat, pihak pelanggan yang banyak mempengaruhi hasil sulaman goyang kerawang kali ini kerana beliau inginkan motif sulaman bunga orkid ini digabungjalinkan dengan kerawang pagar. Hal ini kerana dengan padanan kerawang pagar ini, sulaman yang terhasil akan nampak lebih klasik dan elegan. Sebab itulah kerawang pagar dihasilkan pada setiap celahan motif sulaman goyang kerawang pada kali ini.
PENGGUNAAN WARNA EMAS
Pada Keseluruhan Motif Sulaman Goyang Baju Nikah
Oleh kerana latar kain busana ini adalah kuning muda, maka pelanggan daripada Kuala Lumpur ini inginkan warna emas untuk sulamannnya. Oleh yang demikian, secara keseluruhannya, kami menggunakan warna emas iaitu samada emas benang sulam satin biasa atupun benang emas kilat. Sebab itulah ia nampak timbgul dan lebih natural.
Jadi pada kali ini, pihak kami lebih menitikberatkan ciatarasa pelanggan yang inginkan sulaman goyang motif bunga orkid dengan kerawang pagar yang bertemakan warna keemasan. Semoga ia dapat menyerlahkan kecantikan si pemakai apabila menyarungkan baju sulaman goyang kerawang ini pada hari pernikahannya nanti.