SULAM KERAWANG BAJU PENGANTIN
KURUNG PAHANG SONGKET MOTIF BUNGA MANGGIS
Tempahan Sulam Goyang Dari Shah Alam, Selangor
Nice kebayas. Sweet and colourful embroidery design.
Sangat cantik sekali sulaman goyangnya. Terima kasih. Nanti saya hantar lagi ok.
My fiance cakap cantik sangat. Alhamdulillah.
Design marvelous. Sangat cantik. Suka sangattt!!!.
Saya sangat suka. Especially dia punya sulam. Cantik sangat. Kemas lagi. Harga berbaloi.
Assalamualaikum putri, Alhamdulillah received dengan selamat dah baju… MasyaAllah Tabarakallah… cantik sangat! Tq so much my dear. InsyaAllah ada rezeki nanti nak buat lagi.
Ok. Cantikk. Kawan-kawan pun cakap cantik. Puas hati. Cantik sangat tu. Lebih dari expectation. Tq byk2
Thank you for such a lovely embroidery kebaya.
Pada kali ini, rekaan sulaman kerawang goyang dihasilkan pada baju kurung Pahang. Baju kurung Pahang ini diperbuat daripada songket bunga tabur. Jika dilihat, bunga tabur pada songket ialah motif tampuk manggis.
Jadi, sulaman kerawang goyang pada kali ini akan menghasilkan bunga manggis yang sesuai ataupun sepadan dengan tampuk manggis yang bertaburan di dada baju kurung Pahang ini. Ia dihasilkan untuk pelanggan yang berasal dari Shah Alam.
MOTIF SULUR SULAM
Rekaan Sulam Baju Kurung Pahang Songket
Sulaman kerawang goyang ini dihasilkan pada bahagian tangan, hadapan baju dan juga bahagian belakang baju. Maksudnya, di bahagian bawah baju tersebut disulam secara keliling. Dari segi ketebalan sulam pada bahagian tangan adalah 4 inci dan bahagian hadapan baju dihasilkan setinggi 6 inci. Dengan ini, sulaman dihasilkan tidak terlampau sarat di bahagian tangan dan juga ia sedang elok terletak di bahagian bawah baju.
Dari segi sulur ataupun cabang-cabang yang menyambung dan melengkapi antara motif dihasilkan. Kali ini, sulur kekacang dan juga ranting-ranting daun digunakan dalam motif kali ini. Sulur-ulur ini juga digabung jalinkan dengan kudup-kudup bunga manggis. Ia dibuat agar nampak lebih kemas dan cantik.
PENGGUNAAN WARNA EMAS DAN PERAK
PADA HASIL SULAMAN
Penggunaan Warna Pilihan Pelanggan
Selain itu, bagi menampakkan ia lebih klasik, kerawang goyang sarang tebuan dihasilkan agar menampakkan ciri-ciri klasik motif bunga manggis pada kali ini. Hal ini kerana kerawang goyang sarang tebuan antara kerrawang-kerawang goyang tradisi yang sering digunakan pada motif-motif terdahulu.
Dalam pemilihan warna benang pula, kami hasilkan mengikut tema yang dikehendaki oleh pelanggan iaitu menggunakan tema emas dan perak. Oleh itu, warna yang digunakan adalah warna-warna yang diminta oleh pelanggan dan juga yang sepadan dengan warna baju. Hal ini bertujuan agar kombinasi warna ini nampak harmoni pada baju tersebut.
TEKNIK SULAM GOYANG YANG DIGUNAPAKAI
Teknik Ayak Sulam
Untuk memperkemaskan lagi sulaman kali ini, Teknik-teknik yang betul digunakan pada motif sulaman bunga manggis ini. Teknik-teknik bukaan zig-zag dan juga cincang satin digunakan secara menyeluruh agar ia nampak kemas dan terletak.
Kekemasan ini akan menjadikan rekaan sulaman tersebut cantik pada mata sesiapa yang melihatnya. Ia nampak lebih timbul dan hidup. Justeru, sulaman kerawang goyang kali ini amat cantik dan memuaskan hati pelanggan. Ia dipakai sempurna pada hari perkahwinan beliau.
Jom Tempah Sulam Goyang Kurung Pahang Bersama Butik Kerawang Embroidery.